Tak canggih betul, ada lagi tukang tilik zaman ni
Untuk menerima berita hiburan, anda tidak perlu membaca surat khabar dan tengok tv. Anda hanya perlu pandai membaca SMS.

Tidak kira anda sedang makan, minum, bermain, termenung, berada di dalam bas, keretapi, kapal terbang, gua, sekolah dan di mana-mana sahaja dan apa-apa sahaja.

Anda pasti akan diberikan maklumat tentang hiburan, paling lekeh anda akan dapat satu SMS setiap hari.

Contoh, pada hari ini, saya dapat,

RM0.00 HIBURAN: Anang telah menceraikan Kris Dayanti dgn talak tiga. Anang mendakwa perceraian itu dibuat setelah berunding dgn anak-anak dan keluarga.

Alahai, hiburan di mana-mana tidak perlu anda susah payah mencarinya.

Dan saya terkejut bila membaca Mstar, masih ada rupanya tukang tilik di dunia ini, ingatkan zaman jahiliyyah dahulu je ada tukang tilik.

Baca : Tukang tilik sudah jangkakan perceraian Anang-KD

-
Alahai Broadband Daily
Hampir dua minggu, talian Streamyx dipotong oleh pihak berwajib, di Syarikat P. Alahai, cuba anda bayangkan, bertapa seksanya melayari internet menggunakan broadband, kejap Ok dan kejap tidak Ok.

Kebanyakkannya tidak Ok.

Paling tidak Ok, RM6 terpaksa dihabiskan untuk melanggan Broadband Daily, setiap hari.

Alahai. Nasib baik puasa.

Dengar kata sampai lepas raya, baru nak pergi jelaskan hutang-hutang tersebut. Alahai, lagi lama mahu tunggu.

-
Lembu ketawakan melayu yang bodoh
Lembu ketawa terkekek-kekek bagaikan pontianak terjumpa paku seinchi. Apabila terjumpa melayu yang selama ini, tidak pernah,

1) Solat
2) Puasa
3) Bayar zakat
4) Menutup aurat
5) Baca al quran

Bila ada kuil nak dibangunkan di kampung, merepek, meracau bagaikan nak gila dikatakan mereka memperjuangkan Islam.

Lagi pun nak dibina kuil bukan atas tanah mak bapak diorang yang punya.

Islam mereka pada Masjid bukan pada nilai TAQWA.

Lembu ketawa terkekek-kekek bagaikan pontianak terjumpa paku seinchi. Apabila terjumpa melayu yang bodoh amat. Tidak faham, apa itu Islam, dan apa itu Adil. Dan apa itu pemerintahan Islam.

Image Hosted by ImageShack.us

Info gambar di atas -
Wat Phothivihan di Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan adalah antara patong Buddha yang terkenal di Kelantan. Ia kekal di negeri yang diperintah oleh parti Islam, PAS. Gambar oleh Mohd Zuharman. - Dipetik dari The Malaysia Insider
Marah diam-diam
Jika anda sedang marah, apa yang ada lakukan?

1) Diam-diam
2) Bising-bising

Saya suka memilih diam-diam, entah mengapa.
Pimpinan sendiri dicaci, Pimpinan lain didewakan
Kadang kala, kita tidak terperasan. Sanggup mendewa-dewakan pemimpin lain daripada pimpinan sendiri.

Pimpinan sendiri bagaikan hina di mata, hina tidak ubah sepertinya berada di bawah tapak kaki kita. Pimpinan parti lain, dijunjung, dikasihi.

Contoh,

Pimpinan parti kita, berjumpa dengan parti lawan, beliau akan dimarahi, dicela, difitnah, dihina, dicaci, dimaki tanpa ada satu pun sangkaan baik.

Pimpinan parti lain, berjumpa dengan parti lawan, beliau akan dibela, dipertahankan, disanjung, dihormati, dipuji tanpa ada satu pun sangkaan buruk.

Ya! begitulah kita, kadang kala, sering lupa, siapa pimpinan kita, siapa yang patut diutamakan.

-
Cara untuk kuasai dunia
Bagaimana mahu menguasai dunia?

Kuasai Palestin.

Anda mahu?

Image Hosted by ImageShack.us

-
Pelangi yang dicarik-carik
Pelik dan hairan, mengapa dikejar pelangi, pelangi yang terjadi akibat titisan-titisan, ia bersifat sementara, habis titisan, habis musnah pelangi.

Pelangi, gambaran kejayaan dan kegembiraan, bagi kebanyakkan orang, bagi saya, biarlah kejayaan dan kegembiraan yang sentiasa kekal dan istiqomah.

Bagaimana hendak kejayaan dan kegembiraan yang kekal? Tanyalah Al Furqan.

-
Malaysia Ini BN Yang Punya!
DUN Kota Seputeh masih lagi milik Barisan Nasional, SPR kata hari ini - DUN Kota Siputeh: Tiada pilihan raya kecil, kerusi kekal milik BN.

Saya baru tahu, kuasa untuk menentukan kerusi kosong ataupun tidak berada di tangan SPR, bukan Kerajaan Negeri yang terbabit. Menteri Besar jangan ngada-ngada mengkosongkan kerusi yang tidak diperkenan oleh SPR.

Kepala lembu juga, masih milik Barisan Nasional, kerana tidak ada sebarang tangkapan yang dilakukan. Jika pembangkang yang anjurkan, tidak sampai sejam peristiwa berlangsung, akan berlaku tangkapan.

Barisan Nasional yang racist!

Kepala lembu, boleh dikaitkan dengan usaha merampas Selangor, ikuti apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini tentang hasrat Najib,

Najib telah mengisytiharkan niatnya secara terbuka untuk 'merampas semula Selangor, ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kuala Selangor pada 9 Ogos lalu. - Malaysiakini
Pada kesimpulannya, nasihat untuk Najib, demi menyelamatkan Barisan Nasional, janganlah anda membuat pilihanraya umum dalam masa terdekat, sila selesaikan tiga kes ini,

1) Kepala lembu
2) PPSMI
3) DUN Perak

Jika belum selesai, dan PRU 13 dalam masa terdekat, anda akan kalah dengan teruk!

Nota Kaki Bukit

Teramat logiklah jika manusia, dalam keadaan terdesak, akan melakukan sesuatu yang jauh dari norma agama dan hak asasi manusia, yang pasti mengakibatkan kerosakan di atas muka bumi. Demi kekuasaan.

-
Hebat Hafalannya, Hebat Teorinya
Memang benar setengah-setengah pendapat, ilmu bukan untuk dihafal semata-mata, ia perlu difakihi/difahami.

Supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menampakkan kejahilan kita di mata orang yang berilmu, dan menampakkan hebat kita di hadapan orang umum.
Mari Berpuasa Dengan RON 95 Dan RON 97 - Enak sehh!
Gambar dipetik dari Mstar

Terima kasih Kerajaan kerana menaikkan harga minyak, ini yang kami tunggu selama ini, kena pula bulan puasa, dan raya semakin dekat,

RON 95 - RM1.80
RON 97 - RM2.01

Tidak kira anda miskin, dan anda kaya juga tidak kira anda penyokong parti pembangkang ataupun pemerintah ataupun tidak berparti, anda akan merasai harga terbaru petrol pada hari ini.

Makna 1 Malaysia, amat-amat terzahir kali ini, semua sekali rakyat Malaysia merasainya, syabas Kerajaan Malaysia.

Agak-agak Pasar Ramadhan hari ini ada jualan murah tak?

Apa yang pasti, dalam Berita TV Perdana, akan disiarkan berita, yang rakyat Malaysia menyambut baik kenaikkan RON-RON ini.

Kerajaan Malaysia memang terbaik dari ladang dan lautan.

-