Tanya pada diri, adakah diri ini terlalu pandai untuk menghukum
Kadang-kadang, kekeliruan wujud di atas kesilapan diri kita sendiri. Sebagai contoh, apa yang perlu kita wala' ialah keputusan yang telah diputus pada Muktamar 55.

Pada saya, hal Kerajaan Perpaduan, tidak ada langsung diputuskan dan dibincangkan pada muktamar yang lepas.

Kenapa kita, cuba membincangkan perkara yang tiada asas? Apakah kita hilang prinsip perjuangan kita? Apakah kita hilang keyakinan akan pimpinan yang telah dilantik?

Cuba tanya pada diri sendiri,

Apakah diri ini mendengar sepenuh hati ucapan dasar yang telah ucapkan oleh Tuan Guru Haji Hadi?

Apakah diri ini telah selami apa yang telah diucapkan para pewakilan di atas perbahasan ucapan dasar?

Apakah diri ini tidak boleh mengadili pada setiap ucapan pimpinan pada ucapan penangguhan?

Cuba tanya pada diri ini supaya tidak tersalah ucap dan tafsir atas satu-satu tindakan pemimpin.

Pada diri saya, saya tidak mahu membicarakan hal Kerajaan Perpaduan, saya akan membincangkan hal Kerajaan Perpaduan setelah Tuan Guru Haji Hadi memberikan pen'detail'an dan penjelasan akan hal Kerajaan Perpaduan.

Bimbang, kita membahaskan sesuatu yang sia-sia, sedangkan banyak perkara yang penting lagi untuk dibincangkan demi masa depan Ummat Islam. Manek Urai contohnya.

Wallahualam.
0 Responses