Seksinya awak, nak berkenalan boleh? - 2
Apa itu seksi? Adakah seksi itu mengikut keadaan? Hanya orang-orang terpilih sahaja boleh dianggap seksi? Jika orang itu memang sudah seksi, jika dipakai purdah dan jubah pun, dia pasti akan seksi juga?

Pendapat ini, mesti ada kesilapan.

Seksi, jika dirujuk kepada Kamus Dewan Edisi ke 4, anda akan menjumpai makna ini,
Seksi -(séksi) bp menimbulkan nafsu syahwat, menggiurkan, memberahikan, mengghairahkan: berbadan ~;
Perkataan seksi ini tidak mungkin akan terpacul daripada mulut, sesuka hati. Anda pun, mesti dapat membezakan, pakaian anda sedang pakai itu seksi ataupun tidak.

Pernah tak sesekali, anda mencuba satu pakaian, lalu terpacul dari mulut anda, "Wah! seksinya aku.".

Mat Saleh pun, dia tidak akan kata seksi, jika anda berpakaian yang menutup keseluruhan tubuh anda, misalnya, baju lengan panjang berserta jeans.

Sekiranya anda berpakaian, memakai skirt pendek, baju yang menampak lurah bonjolan, yang mengakibatkan dendam sang lelaki, dan sang lelaki yang terpandang akan berfantasi bermacam-macam. Dan Mat Saleh akan berkata,

"Damn! You so hot and sexy."

Itu barulah termasuk dalam senarai seksi.

Tafsiran seksi perlu diperincikan, bukan semua yang tidak menutup aurat itu seksi. Dan janganlah kita termasuk dalam golongan religious skeptism iaitu golongan yang berpandangan sinis kepada agama.

Apabila ada yang menyebut aurat, anda terus mengatakan, "Oh! Kalau macam tu, saya kena pakai jubah dan purdahlah setiap masa."

Ayat yang hendak memberi gambaran sinis kepada agama.

Semoga, bulan puasa ini, dapat memperbetulkan cara hidup kita, sedikit demi sedikit. Walaupun tidak semua, akan tetapi cukuplah dengan sedikit daripada tidak berubah langsung.

-
4 Responses
  1. ochs widdle Says:

    tetapi.sahabat kepada saya.
    berpakaian menutup segala.
    tetapi mendapat msg dr lelaki yang bentuk tubuhnya terlalu mengghairahkan.
    dan turut berfantasi segala.
    sedangkan dia pakai baju kurung.
    turut melabuhkan tudung.

    macamana tu?


  2. Tok Selampit Says:

    Lelaki tersebut yang bermasalah. Kemungkinan akalnya selalu berfantasi yang bermacam-macam. Akal penuh dengan aktiviti kekuningan dan kebiruan.


  3. ochs widdle Says:

    baiklah..akan saya dan rakan jauhi lelaki sebegini.


    terima kasih atas segala tunjuk ajar.


  4. Tok Selampit Says:

    Tidak ajar, hanya menasihati sesama sendiri dan terutamanya nasihat untuk diri sendiri.