Sempena Genap 18 Tahun Pemerintahan PAS di Kelantan
Alhamdulillah, hari ini 21 Oktober 2008 bersamaan dengan 21 Syawal 1429 genaplah 18 Tahun pemerintahan Kerajaan PAS Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Pelbagai rintangan yang telah dihadapi khususnya pada awal pemerintahan, sehinggakan pihak lawan boleh mengatakan bahawa Kerajaan PAS Kelantan hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja.

Lihat, genap 18 tahun sudah menerajui Kelantan dan banyak perubahan telah dilakukan. Kelantan dilihat sebagai peneraju perubahan kerana negeri yang cepat sekali mengalami perubahan.

Contoh perubahan yang awal dan merupakan perubahan yang hanya satu-satu sahaja negeri yang melakukan ini ialah pengharaman premis perjudian, arak, kelab malam dan juga menapis amalan khurafat dari segi hiburan wayang kulit dan dikir barat.

Kerajaan PAS Negeri Kelantan berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa rakyatnya ke arah kebaikan dan berusaha untuk membasmi kemungkaran yang berlaku di Kelantan.

Alhamdulillah usaha-usaha ini membawa berkat kerana Kelantan hari demi hari menuju ke arah Negeri Sejahtera, di mana rakyat yang kurang berpendapatan merasa bahagia dan aman berada di negeri ini tanpa ada sebarang tekanan. Kerajaan negeri bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah supaya menjadikan negeri ini negeri beragama, tempat istirehat orang-orang miskin dan memerlukan.

Pendek kata, rakyat Kelantan terdiri dari pelbagai agama, bangsa, rupa dan warna kulit mampu hidup aman dan bahagia di bawah satu negeri yang dipimpin oleh sebuah parti yang berteraskan Islam. Menunjukkan bahawa hanya dengan Islam sahaja boleh menyatukan manusia di muka bumi ini. Alhamdulillah.

Kerajaan PAS Negeri Kelantan berjaya membawa rakyatnya memahami makna tersirat di sebalik lambang Kerajaan Negeri Kelantan, lambang berkenaan mempunyai makna dan tafsirannya yang tersendiri yang ada hubung kaitnya dengan sejarah, falsafah dan citra hidup rakyat dan kerajaan negerinya.

Sehingga ke hari ini Kerajaan Negeri Kelantan terkenal ingin menjadi sebuah Kerajaan Kebajikan melaksanakan perlbagai program kebajikan skim takafful kifalah untuk warga tua, armalah untuk ibu-ibu tunggal, skim takaful remaja untuk golongan remaja, ladang rakyat untuk rakyat pendapatan yang amat rendah dan pelbagai lagi program yang telah dilancarkan. Semoga ia terus menjadi amalan tanpa henti Kerajaan Negeri Kelantan.

Saya menyanjung tinggi Sultan Kelantan kerana telah menegur Kerajaan Pusat di atas keterlewatan/memperlambatkan projek pembangunan di Kelantan. Daulat Tuanku!.

Oleh itu saya menyeru pada diri saya sendiri dan juga kepada seluruh rakyat Kelantan supaya mempertahankan Kerajaan yang sedia ada ini supaya terus kekal memerintah dengan adil dan saksama.

Sekian, Wsalam
Anak Kelantan.
YB Khalid Samad Jaguh Orangnya ~ Merujuk Sinar Harian
YB Khalid Samad lagak seperti jaguh handalan di dalam PAS. Dulu, tidak pernah saya kenali, siapakah YB Khalid Samad ini. Kini, secara tidak sengaja mengenali beliau, setelah beliau memberi jawapan 'bernas' terhadap faktor mengapa Terengganu gagal ditawan, maka, saya mengenali beliau secara 'kaget'.

'Kaget' melihat 'kebijaksanaan' beliau menegur pimpinannya, tanpa usul periksa, strategi mahupun sengaja. Terutama dalam menyatakan tidak kepuashatiannya terhadap Tuan Guru Haji Hadi dan Mustaffa Ali.

Melihatnya seakan-akan jaguh dalam PAS yang ingin menjuarai segala isu yang dikemukakan. Sehingga boleh berbahas tentang surah serta tafsirnya seolah-olah bagai Dewan Ulama' diajarnya bagai anak-anak di tadika bagaimana nak eja 'S.A.R.K.I.S' dalam jawi.

Kini, YB Khalid Samad terus lagi menjadi jaguh di dalam PAS apabila telah mengisytiharkan satu projek baik punya daripada Pakatan Rakyat lalu keluarlah kenyataan PAS sudah cadang portfolio.

Bagi saya, paling rendah dalam mengeluarkan kenyataan dalam Parti adalah SU Agung iaitu Kamarudin Jaafar. Maka tidak sesuai sangatlah YB Khalid Samad mendahului mana-mana pimpinan Parti yang teratas.

Bukan bermaksud untuk mendewa-dewakan pimpinan teratas, akan tetapi setiap organisasi, tidak kira apapun, yang perlu mengeluarkan kenyataan adalah pimpinan di atas. Usahlah kita menunjukkan kita ini teramat jaguh sehingga meminggirkan sesiapa sahaja yang kita rasa kita mahu pinggirkan.

Apakah kerana ingin bersama-sama DSAI untuk menakluki Putrajaya secara jalan pintas? Sehingga mengabaikan rakan-rakan?

Tiada jalan pintas untuk menang, tiada jalan pintas untuk menang dan tiada jalan pintas untuk menang.

Ia mudah didengari dan susah untuk direalisasikan.

"Usahlah kita untuk menjadi orang terakhir untuk memegang mikrofon, berlapang dadalah, dan bersama-sama untuk muhasabah demi kebaikan ISLAM."

Tok Selampit.
Orang yang sayang pada PAS.
Selamat Hari Lahir Ayah Chik
Alhamdulillah, hari ini hari lahir Ayah Chik Presiden PAS. Semoga Ayah Chik sentiasa sihat dan meneruskan perjuangan sebagai pendokong jemaah Islam.

Ayah Chik lahir pada 20 Oktober 1947.

Alhamdulillah, saya hari ini cukup bertuah kerana dapat memiliki buku terbaru daripada Ayah Chik yang bertajuk Takwa Takut tetapi Rindu.


Terima kasih kerana Ayah Chik tabah dalam memimpin kami sebagai ahli PAS untuk terus menerus berjuang untuk menegakkan Islam di Malaysia ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa Ayah Chik.
Hebat si Ketua Menteri Penang ini
Berdiri bulu roma tanpa disuruh apabila mendengar pidato Lim Guang Eng. Tidak pernah dengar sebelum ini.

Dengar di http://kelantan.tv, pidatonya pada malam kelmarin. Ketua menteri bukan Islam yang berucap bagaikan seorang pemerintah Islam.

Begitu indahnya Islam, idealoginya dipakai di mana-mana jika ia bersangkut dengan Kerajaan yang harmoni, adil dan saksama. Tidak boleh lari, Islam tetap akan dipakai jika benar-benar Kerajaan itu ingin menjadi adil dan disayangi oleh rakyat.

Sempena pemilihan UMNO ini, saya menyeru kepada UMNO, jadikan Islam sebagai teras parti anda sekiranya anda hendak meneruskan nyawa UMNO, jika tidak, UMNO akan hancur sehancurnya.

Paling terkisama, bila Lim membahasakan Nik Aziz sebagai Tuan Guru. Agak-agak UMNO pernah panggil dengan perkataan 'Tok Guru'? Tak pernah.

Marilah kita teguh memperkasakan Pakatan Rakyat sehingga tumbangnya Barisan Nasional.
Selamat Jalan Chrisye
Sampai kapan pemuzik Malaysia ditinggalkan jauh oleh pemuzik Indonesia?



Dengarkan suara emas allahyarham Chrisye, lagenda pemuzik Indonesia.Semoga damai dikau disana setelah kembali kepadaNya.