Tahniah dan Takziah Kepada Pemuda PAS Malaysia
Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kerana jawatan penting di dalam pemuda PAS diselesaikan dengan cara yang paling aman.

Tahniah atas kemenangan dan takziah ke atas tanggung jawab yang bakal dipikul.

Ketua Pemuda - Nasrudin Hassan
Timb Ketua Pemuda - Azman Shapawi Abd Rani
Naib Ketua Pemuda - Ahmad Sabki Yusof

InsyAllah selagi nyawa masih ada, akan terus bersama dan bekerja untuk Islam.
Gelombang Perak, Manek Urai Akan Terjemahkan!
InsyAllah, UMNO jika ia bertanding, ia akan menyaksikan gelombang protes rakyat Kelantan terhadap isu Perak.

Kemarahan rakyat Kelantan ke atas isu Perak akan diterjemahkan melalui Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai.

Kemarahan rakyat Kelantan terhadap isu Perak berada diperingkat MERAH. Iaitu, peringkat kemarahan yang memboleh membawa padah kepada UMNO.

Jika UMNO tidak malu, sila lawan!
Manek Urai, PRK Akan Menjelma
Al Fatihah untuk pemergian YB Manek Urai kerahmatullah.

Semoga dicucuri rahmat.
Formula Untuk Menyatu Padukan Rakyat Malaysia
Hanya satu!

Dengan Islam.



Air mata menitis apabila menonton video klip ini. Sungguh takjub!.
Ya! saya tidak akan sesekali berhenti berlari
Walau apa pun akan terjadi, insyAllah, saya tidak akan berhenti dari tempo perjuangan.

"

فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ

Ertinya : "Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan ( Al-Baqarah : 148 )

Lalu mengapa harus kita berhenti dari berlari dan terus berlari dalam menyumbang kebaikan ?? Adakah amal kita sudah berlebihan untuk berhenti? " - Ustaz Zaharuddin


Hussam gagal mengawal anjingnya menyalak
Orang ini memperlekehkan Ulama' dalam PAS. Menganggap Ulama' ingin bersekutu dengan UMNO. Menjadi batu api, untuk menimbulkan kemarahan masyarakat umum kepada golongan Ulama'.

Bukan ahli PAS, akan tetapi hanya bekerja dengan Hussam Musa. Tiada 'value' untuk membuat kenyataan dalaman parti.

Akan tetapi, setiap artikelnya dan setiap tulisannya. Orang ramai tidak nampak dia yang menulis akan tetapi menganggap itulah tulisan Hussam Musa.

Saya kesiankan Hussam Musa atas perbuatan penulis tersebut.

Penulis tersebut dengan entri terbarunya - Kepimpinan Ulamak Perjuangan Hidup Mati UMNO.

Semoga penulis tersebut berhenti berbicara hal dalaman PAS kerana ia akan memburukkan imej Hussam Musa.

Sekian.
Jika Syura Ulama kata Ya! Saya pun akan kata Ya!
Ada orang menyanggah dan ada orang menyokong dengan cadangan Presiden dan Timbalan Presiden mestilah ulama'.

Dan, majlis syura ulama yang akan datang ini akan membincangkan hal ini.

Saya ambil sikap yang mudah,tidak memenatkan dan tidak sia-sia iaitu, menyokong penuh dengan apa jua keputusan yang bakal diputuskan pada syura tersebut.

Tidak rugi orang yang bermesyuarat dan tidak rugi orang yang mengikuti apa yang diputuskan.

Jelas, ini beza PAS dan UMNO. PAS ada ulama untuk menggariskan panduan dalam pimpinan.

InsyAllah, semoga perjuangan kita diredhai dan diberkati oleh Allah swt.

Ada banyak usaha untuk memecah belahkan PAS, namun, saya masih berpegang dengan kata-kata ini,

"Parti yang dibangunkan atas dasar takwa pasti akan dapat perlindungan daripada Allah swt daripada segala mudarat."

Selagi mana Islam menjadi dasar, selagi itulah takwa itu menjadi perkara wajib.

PAS For All.