PAS Menang Atas Dasar Agama!
Diri ini tidak pernah beriktikad,

"Jika tidak berpakat dengan parti-parti lain kita tidak akan menang, kita akan kalah!"

Pakatan ataupun tahaluf adalah strategi untuk mencapai matlamat kita, benda tersebut tidak wajib, akan tetapi tidak menjadi satu kesalahan untuk berpakat, akan tetapi tidak boleh beriktikad menang atas dasar berpakat.

Kita menang atas dasar Islam!.

Wasiat Sultan Muhammad Al-Fateh kepada anaknya sangat perlu diteliti satu persatu supaya sentiasa dimuhasabah dan diamalkan kita. Antaranya :
" Ayahanda berwasiat kepadamu anakandaku, hormatilah ulama. jangan sekali-kali kamu lakukan perkara yang bertentangan dengan hukum Islam. Agama itu tujuan kita, dan kita menang juga kerana agama."

-
Jom Seminar!
Jawatankuasa Pusat Pas mengarahkan siasatan disiplin ke atas Pas Selangor. Tiada Muktamar Khas tetapi seminar politik pada 7 November.

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dah keluarkan kenyataan - PATUHI KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS

-
EGM khas menggundahkan hati si pecinta kesatuan
25 tahun PAS dalam keadaan aman dan sentosa, kini telah diuji sedikit oleh Allah. Setelah membaca entri terbaru Ustaz Nik Abduh, hati ini menjadi malu. Malu kepada Allah kerana mengeluh dan mudah gundah gulana, akan hal yang terjadi.

Allah hanya menguji kita dalam beberapa hari sahaja dalam tempoh 25 tahun, alangkah malunya kita sudah merasa putus asa dan berputus harap kepada Allah, ujian yang tidak pernah lama, ia datang sekejap dan pergi. 25 tahun Allah telah beri kita aman, hanya sekejap diuji, kita bising mengeluh sedunia, alangkah malunya.

Oleh itu, saya mesti memastikan diri saya selamat dan diredhaiNya, sepertimana disarankan oleh Ustaz Nik Abduh,

Antaranya,
1) Anda mesti ikhlas
2) Anda mesti memohon pembabasan denganNya daripada keburukan fitnah itu
3) Anda mesti adil menilai
4) Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk
5) Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama
6) Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik
7 ) Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik
8 ) Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan.
9 ) Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal
10) Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan
11) Anda jangan nak jadi hero.

Ya! mesti menjadi muslim yang lebih baik dari hari semalam.

-
Usah ikut pemimpin yang sombong takbur
Surah Ibrahim ayat ke 21 menjelaskan,

Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? Mereka menjawab: Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, samada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu).

Berhati-hatilah dalam memilih jalan.

-
Sokong Muktamar Khas Dijalankan
Pakat-pakat baca apa yang ditulis oleh Tok Guru kali ini, dan buatlah penilaian seadil-adilnya di entri Muktamar Khas.

Saya, luka lama berdarah kembali.

Namun, saya menyokong muktamar khas dijalankan, kita tengok, siapa sebenarnya betul dan salah, si pembuat fitnah sila ambil tindakan. Penghujung 2009, penyingkiran manusia-manusia yang jahat di dalam parti-parti yang ada di dalam Malaysia. Terutamanya PAS.

Surah ar Ra'd ayat ke 42:

Dan sesungguhnya orang-orang kafir yang sebelum mereka telah melancarkan rancangan jahat (terhadap Nabi-nabi mereka): Oleh itu, (janganlah engkau bimbang kerana) bagi Allah jualah kuasa menggagalkan segala jenis rancangan jahat. Dia mengetahui apa yang diusahakan oleh tiap-tiap diri dan orang-orang yang kafir akan mengetahui bagi siapakah balasan (yang baik dan yang buruk) pada hari akhirat kelak.


-
UMNO mahu HUDUD?
Saya terjumpa poll di dalam blog ini - Keylee, yang menyatakan,

Setuju Hudud & Qisas Dijalankan Di Malaysia Secara Rasmi & Dengan Adanya Hudud Ini Dapat Menghapuskan Masalah Sosial Orang Islam Di Malaysia

a) Setuju
b) Tidak setuju

Pada pendapat saya tentang hal hudud, saya tidak pernah mengambil kira sama ada ia menghapuskan masalah sosial ataupun tidak. Saya hanya mengambil kira hudud ialah satu hukuman yang jelas diturunkan oleh Allah swt dan ada di dalam Al Quran.

Wajib kita sebagai orang Islam melaksana dan menyokong hukuman ini, jika benar-benar anda taat kepada Allah dan Rasul.

Dan membezakan darjat orang beriman dan tidak beriman. Orang beriman meletakkan hukuman yang diturunkan oleh Allah lebih tinggi dari segalanya. Orang yang tidak beriman, ia akan meragui hukuman yang diturunkan oleh Allah.

Ada bezanya, sepertimana orang selalu sebut, apa beza PAS dan UMNO? Bezanya PAS mahu hudud, UMNO tidak mahu.

-
Malu bagaikan guruh berdentum kuat
Tadi terbaca, surah Ar Ra'd, jumpa ayat ini, ayat kesebelas,

لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Baru terasa, baru terasa malu berbuat dosa, apabila baru tahu, ada malaikat yang lihat kita 24 jam, tanpa ada sebarang pengecualian pun, alangkah malu. Bertapa malunya kita dihadapan Allah apabila Malaikat yang ditugaskan untuk memerhatikan kita melaporkan kepada Allah dosa yang telah kita buat. Alangkah malunya.
Hj Hadi mahu jual PAS?
Banyak cerita yang terdengar setelah idea Kerajaan Perpaduan dilontarkan oleh Tuan Guru Haji Hadi, banyak memuji dan banyak juga mengecam.

Sebelum dan selepas muktamar berlangsung, banyak suara-suara sumbang kedengaran, antaranya ialah ada mengatakan Tuan Guru Haji Hadi mahu jual PAS kepada UMNO.

Saya terfikir, orang yang menyatakan fitnah tersebut adakah mereka ini hebat dalam perjuangan Islam, lebih berilmu dalam bab politik Islam sehingga sanggup menfitnah Tuan Guru Haji Hadi.

Saya terkedu pabila membaca buku ini,


Sinopsis:

Bible menyebut, “Berikan kepada raja-raja apa yang menjadi milik raja dan berikan kepada Tuhan apa yang menjadi milik Tuhan.”

Akibatnya, prinsip itu menyempitkan agama dengan pemerintahan negara. Antara faktor terbesar adalah doktrin-doktrin sekular yang memisahkan undang-undang dengan agama.

Ideologi yang memisahkan agama dan urusan dunia semakin menular sehingga Islam hanya dianggap sebagai agama ritual. Benarkah Islam hanya mengutamakan ibadat semata-mata tanpa mementingkan urusan dunia seperti pemerintahan negara? Benarkah Islam menindas hak bukan Islam dalam pemerintahannya?

Buku ‘Bagaimana Islam Memerintah Negara’ mengupas secara jelas konsep dan bagaiaman aplikasi Islam mentadbir dan mengurus negara berlandaskan prinsip keadilan, kebebasan dan mengutamakan kesejahteraan. Buku ini juga menjawab tohmahan sekular yang mengatakan Islam memerintah secara zalim, menindas orang bukan Islam dan tidak membawa kemajuan.

Terbitan : http://pts.com.my

Pengalaman untuk terus hidup
Takziah kepada seorang sahabat, dari kecil hingga sekarang, telah kematian isteri tercintanya. Begitulah kehidupan, ada suka dan ada duka.

Dia antara kesemua kami, adalah yang paling cepat matang, kahwin pun cepat dan ada anak pun cepat, kami? Laaaaaambat yang amat. Dan juga dia paling cepat merasai kematian orang yang tercinta.

Saya begitu pilu ketika ini apabila memikirkan, bagaimanakah diri ini pabila bertemu keadaan sedemikian?

Al Fatihah..
Pedang Syurga
Sebelum dan selepas dia dilahirkan, saya sentiasa berdoa,dikurniakan sebilah pedang daripada banyak-banyak bilah pedang yang ada padaNya. Untuk disisip dan digunakan demiNya. InsyAllah.