Jiwa resah dan gelisah
Hujan yang begitu mengasyikkan untuk jiwa-jiwa yang tidak terlibat dengan banjir, untuk jiwa-jiwa yang menjadi mangsa banjir saya menghulurkan takziah dan simpati ke atas anda, musibah yang tidak diduga dan bukan sesiapa yang pinta, perlu diterima dengan tabah, cekal dan bertawakkal kepada Allah swt.

Hal berlaku di Kelantan juga, dalam dunia politik Kelantan, begitu mengasyikkan untuk jiwa-jiwa yang seronok melihat gelagat-gelagat ahli jemaah, bagaikan mereka membuat lawak sarkis untuk jiwa-jiwa itu, bagaikan menjadi badut yang menggeletek jiwa-jiwa itu, untuk terus ketawa dan ketawa.

Bagi jiwa ini, yang mengharapkan jemaah terus kukuh bagaikan bangunan yang tersusun rapi, merasa resah gelisah apa yang telah berlaku. Memikirkan apakah sebab musababnya, apakah ini teguran untuk kita daripada Allah swt disebabkan kelalaian selama ini.

Ampunkan kami jika kami salah dan tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus ya Allah, sepertimana jalan yang ditunjukkan kepada para kekasihmu, para nabi, para sahabat, para khalifah dan orang-orang soleh yang selepas itu.

Tiada daya kami jika tiada petunjuk dariMu.

Ya latifu ultuf bina
Maha Pelembut, berlembutlah dengan kami.

-
KJ tidak sama dengan AF, dan AF tidak sama dengan KJ
Apa yang berlaku di Kelantan buat masa sekarang, hanya dugaan dan teguran kepada Kerajaan Negeri Kelantan, supaya lebih berhati-hati di masa akan datang.

Apa yang berlaku juga, orang kata, perbalahan antara bekas ahli UMNO, yang tu kata yang ni dan yang ni kata yang tu.

Apa yang berlaku juga, dahulu KJ yang popular sebagai menantu, kini giliran AF pula.

Apa yang berlaku, tersingkap akan segala aib, yang tidak sepatutnya berlaku.

Apa yang berlaku, sebuah pengajaran yang terbentang di bumi Kelantan, yang merupakan satu taman ilmu di Universiti Politik Terbuka Malaysia.

-
Nak jadi hero, tapi pakai spender di luar
Jangan jadi munafik dalam jemaah PAS, jangan hidupkan roh Abdullah Bin Ubay dalam PAS, jangan jadi seorang yang mempunyai semangat untuk memecah belahkan PAS dan jangan jadikan diri takkabur dalam perjuangan ini.

Isu bai'ah talak 3 sudah pun selesai, tiada bukti apa yang didakwa, hanyalah sangkaan kosong "waham" oleh orang-orang yang mahu melihat PAS berpecah dan bergolak.

Apabila ada munafik dalam PAS, ia bererti bahaya yang mengundang, mereka memusuhi kita dalam keadaan kita tidak sedar, mereka tidak seperti UMNO yang dapat menumpang dalam majlis kita, akan tetapi mereka bersama-sama kita dalam apa jua majlis.

Apabila dikatakan tiada bai'ah talak tiga, dia mengatakan ada, orang kata tiada baiah talak tiga, dia kata ada.

Dan semalam, apabila kenyataan media menyebut, hanya ada bia'ah laknat sahaja ada dalam PAS, barulah dia mengakui bahawa bia'ah talak tiga tiada dalam PAS. Hanya perbuatan nakal segelintir YB-YB yang kurang berpedoman, melampau-lampau dalam membuat perkara agama.

Saya menyeru pada diri saya sendiri, jangan jadi munafik, jangan sesekali mengharapkan PAS berpecah belah.

Fitnah sewenang-wenang berterbangan
Perasaan saya, begitu marah, bukan disebabkan emosi yang terlampau dan membabi buta, akan tetapi kemarahan berdasarkan tuduhan fitnah kepada manusia yang beriman. Tuduhan tanpa bukti.

Saya sampai sekarang teramat marah apabila ada orang menuduh Presiden saya Pro UMNO.

Ada orang berkata, "Anda orang Haji Hadi, bolehlah cakap gitu, mempertahankan bersungguh-sungguh."

Saya jawab,"Jika tuduhan yang dilemparkan adalah fitnah, saya akan mempertahankan si tertuduh, walaupun Presiden adalah orang lain, jika Presiden PAS Tuan Guru Nik Aziz sekalipun, saya tetap akan pertahankannya, tidak kira siapa pun!"

-
Dr Aziz Bari Bangsat!
Presiden saya lebih mulia lagi daripada DSAI, dari segi ilmu Islam dan perjuangannya. Siapa DSAI untuk dibandingkan dengan Presiden saya.

Pendapat saya, senada dengan tulisan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Tantawi.

Baca : Dr. Aziz Bari Keterlaluan
PAS Menang Atas Dasar Agama!
Diri ini tidak pernah beriktikad,

"Jika tidak berpakat dengan parti-parti lain kita tidak akan menang, kita akan kalah!"

Pakatan ataupun tahaluf adalah strategi untuk mencapai matlamat kita, benda tersebut tidak wajib, akan tetapi tidak menjadi satu kesalahan untuk berpakat, akan tetapi tidak boleh beriktikad menang atas dasar berpakat.

Kita menang atas dasar Islam!.

Wasiat Sultan Muhammad Al-Fateh kepada anaknya sangat perlu diteliti satu persatu supaya sentiasa dimuhasabah dan diamalkan kita. Antaranya :
" Ayahanda berwasiat kepadamu anakandaku, hormatilah ulama. jangan sekali-kali kamu lakukan perkara yang bertentangan dengan hukum Islam. Agama itu tujuan kita, dan kita menang juga kerana agama."

-
Jom Seminar!
Jawatankuasa Pusat Pas mengarahkan siasatan disiplin ke atas Pas Selangor. Tiada Muktamar Khas tetapi seminar politik pada 7 November.

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dah keluarkan kenyataan - PATUHI KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS

-
EGM khas menggundahkan hati si pecinta kesatuan
25 tahun PAS dalam keadaan aman dan sentosa, kini telah diuji sedikit oleh Allah. Setelah membaca entri terbaru Ustaz Nik Abduh, hati ini menjadi malu. Malu kepada Allah kerana mengeluh dan mudah gundah gulana, akan hal yang terjadi.

Allah hanya menguji kita dalam beberapa hari sahaja dalam tempoh 25 tahun, alangkah malunya kita sudah merasa putus asa dan berputus harap kepada Allah, ujian yang tidak pernah lama, ia datang sekejap dan pergi. 25 tahun Allah telah beri kita aman, hanya sekejap diuji, kita bising mengeluh sedunia, alangkah malunya.

Oleh itu, saya mesti memastikan diri saya selamat dan diredhaiNya, sepertimana disarankan oleh Ustaz Nik Abduh,

Antaranya,
1) Anda mesti ikhlas
2) Anda mesti memohon pembabasan denganNya daripada keburukan fitnah itu
3) Anda mesti adil menilai
4) Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk
5) Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama
6) Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik
7 ) Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik
8 ) Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan.
9 ) Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal
10) Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan
11) Anda jangan nak jadi hero.

Ya! mesti menjadi muslim yang lebih baik dari hari semalam.

-
Usah ikut pemimpin yang sombong takbur
Surah Ibrahim ayat ke 21 menjelaskan,

Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? Mereka menjawab: Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, samada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu).

Berhati-hatilah dalam memilih jalan.

-