Seksinya awak, nak berkenalan boleh? - 4
Sebagai tanda sayang saya, untuk wanita, sebagai seorang manusia, saya ingin memperkenalkan sebuah buku, yang mesti anda baca.

Image Hosted by ImageShack.us


Buku ini mengandungi,

Bahagian 1: Wanita, maruah dan aurat
Bahagian 2: Wanita dan munakahat
Bahagian 3: Wanita dan rumah tangga

Preview tentang buku ini, bolehlah kunjungi - Zaharuddin.net

-
Merdeka Dan Anda
Bagaimana perasaan anda menyambut merdeka?

Ada perasaan tak? Kalau tiada, samalah sepertimana saya. Tiada rasa 1Malaysia pun. Masih ada sejuta sangsi lagi.

Teringat lirik Butterfingers, album Selamat Tinggal Dunia, lagu Tentang Tentang,

Apa benda yang merdeka, jilat b*nt*t depa...
Apa benda yang merdeka, jilat b*nt*t depa...

Masih lagi, mencatatkan,

Suatu Catatan Santai Di Bumi Bila Merdeka Tiada Erti.
سواتو چاتتن سنتاي د بومي بيلا مرديک تياد ارتي

Catatan ilmiah mengenai merdeka yang patut anda baca - Sempadan Kemerdekaan

Catatan emosi juga ada, jika berminat, bacalah - Berlawan Dengan Lembu

Saya suka perutusan kemerdekaan dari Presiden PAS - Perjuangan Kemerdekaan belum selesai

-
Seksinya awak, nak berkenalan boleh? - 3
Jika ada wanita, menutup aurat, ditegur "Perghhhh.. seksinya awak, boleh berkenalan tak?". Lelaki itu yang bermasalah. Dan. Harus dijauhi lelaki tersebut.

Wanita, kalau dah cantik, pakai apa pun, misalnya, pakai jubah, pakai purdah, tidak bersolek, pakai stoking, pakai stongan tetap akan membangkitkan minat dan ghairah sang lelaki apabila terpandangnya.

Setelah itu, wanita tersebut tidak wajar dipersalahkan, kerana, wanita tersebut telah melindungi auratnya, yang telah disuruh oleh agama.

Jika ada lelaki, masih menegur, "Perghhhh.. seksinya awak, boleh berkenalan tak?".

Jelas lelaki ini yang bermasalah. Sama ada dari segi rohaninya bermasalah ataupun fizikalnya, misalnya mata bermasalah.

Adapun, lelaki, berhak memandang yang bukan mahramnya tanpa sengaja, satu kali sahaja, jika pandang kedua kalinya akan mendatangkan dosa.

Jika ada wanita, menutup aurat, ditegur "Perghhhh.. seksinya awak, boleh berkenalan tak?". Lelaki itu yang bermasalah. Dan. Harus dijauhi lelaki tersebut.

Sebagai manusia, saya sayangkan awak, jauhilah lelaki yang mengatakan awak seksi tanpa ada sebab.

-
Apabila Sin Chan, Hagemaru solat terawih
Tiap kali menunaikan terawih, sering terdengar suara-suara, kadangkala sorak-sorai, di belakang, sudah pasti, geng Bas Sekolah, Sin Chan, Hagemaru, Nobita dan Doraemon dan lain-lain lagi, yang asyik bermain di bahagian belakang.

Teringat zaman kanak-kanak, saya pun begitu jua. Main kejar-kejar, gusti, melempar kopiah ketika terawih dijalankan, setelah imam berada di tahiyyat akhir, kami berlari-lari menuju saf, duduk bersama dengan mereka yang solat, berpura-pura solat.

Tok Siak, melihat gelagat kami dengan mata yang sinis kegeraman, hehe. Tiap kali terawih, tiap kali itulah gelagat kami.

Masjid ketika dulu, merapatkan ukhuwah kami, kanak-kanak sekampung. Hubungan lebih rapat dari rakan sekolah.

Kenangan terawih dan kanak-kanak begitu nostalgia, bagi saya, kanak-kanak yang lahir pada 80an.
Seksinya awak, nak berkenalan boleh? - 2
Apa itu seksi? Adakah seksi itu mengikut keadaan? Hanya orang-orang terpilih sahaja boleh dianggap seksi? Jika orang itu memang sudah seksi, jika dipakai purdah dan jubah pun, dia pasti akan seksi juga?

Pendapat ini, mesti ada kesilapan.

Seksi, jika dirujuk kepada Kamus Dewan Edisi ke 4, anda akan menjumpai makna ini,
Seksi -(séksi) bp menimbulkan nafsu syahwat, menggiurkan, memberahikan, mengghairahkan: berbadan ~;
Perkataan seksi ini tidak mungkin akan terpacul daripada mulut, sesuka hati. Anda pun, mesti dapat membezakan, pakaian anda sedang pakai itu seksi ataupun tidak.

Pernah tak sesekali, anda mencuba satu pakaian, lalu terpacul dari mulut anda, "Wah! seksinya aku.".

Mat Saleh pun, dia tidak akan kata seksi, jika anda berpakaian yang menutup keseluruhan tubuh anda, misalnya, baju lengan panjang berserta jeans.

Sekiranya anda berpakaian, memakai skirt pendek, baju yang menampak lurah bonjolan, yang mengakibatkan dendam sang lelaki, dan sang lelaki yang terpandang akan berfantasi bermacam-macam. Dan Mat Saleh akan berkata,

"Damn! You so hot and sexy."

Itu barulah termasuk dalam senarai seksi.

Tafsiran seksi perlu diperincikan, bukan semua yang tidak menutup aurat itu seksi. Dan janganlah kita termasuk dalam golongan religious skeptism iaitu golongan yang berpandangan sinis kepada agama.

Apabila ada yang menyebut aurat, anda terus mengatakan, "Oh! Kalau macam tu, saya kena pakai jubah dan purdahlah setiap masa."

Ayat yang hendak memberi gambaran sinis kepada agama.

Semoga, bulan puasa ini, dapat memperbetulkan cara hidup kita, sedikit demi sedikit. Walaupun tidak semua, akan tetapi cukuplah dengan sedikit daripada tidak berubah langsung.

-
Seksinya awak, nak berkenalan boleh?
Bulan puasa, sudah banyak gedung membeli belah saya kunjungi. Dan, sudah banyak mata saya dicuci oleh pencuci-pencuci di sana.

Jika oleh orang bukan Islam, saya tidak kisah sangat. Kebanyakkannya wanita Islam yang tolong saya mencuci mata.

Tanpa disuruh, mereka memakai pakaian, yang kainnya begitu sedikit menutup antara dada, juga kaki ke bawah.

Hawa dingin di gedung membeli belah, begitu sejuk, sampaikan saya terpaksa memakai jacket, tapi, mereka tak sejuk, walaupun kulit banyak terdedah. Ingin juga saya berkenalan dengan mereka, dan bertanya, "Kenapa anda tak rasa sejuk seperti saya?".

Saya juga ingin bertanya,

1) Apa perasaan anda memakai seperti ini? Sedap atau selesa?
2) Sudah pasti anda tahu aurat-aurat yang perlu dijaga, tapi mengapa juga anda lakukan?
3) Anda tidak kisahkah, orang lain melihat bonjolan-bonjolan yang ada pada anda?
4) Tak bolehkah memakai pakaian yang sopan sedikit, sekurang-kurangnya melindungi kulit anda dari dilihat oleh orang lain? Baju kurung misalnya.

Saya ingin sangat berkenalan dengan anda yang menjadi pencuci-pencuci ini, untuk bertanya khabar, untuk tahu masalah sebenar, apakah punca, dan di mana silapnya.

Bukan hendak menghukum, akan tetapi ingin tahu, mengapa hal ini terjadi, mana tahu, kita boleh tolong antara satu sama lain.

Sebagai seorang manusia, saya berhak untuk sayang kepada anda.
ماري توليس جاوي سچارا ڤانتس
تيدق ڤرلو کڤاکرن منوليس جاوي. هاڽ ممرلوکن کڤاکرن مناءيڤ دالم رومي.هاڽ ممرلوکن کڤاکرن مناءيڤ دالم رومي

تيدق ڤرچاي؟

ماري منوليس جاوي د ويب اين
Puasa Yang Urban
Wow! Puasanya anda, pada suatu keadaan, di tengah-tengah bandar mahupun kampung-kampungan.

1) Berpuasa tetapi tidak solat.

2) Berpuasa tetapi tidak menutup aurat, memakai dengan ala kadar, sedikit kain di atas dada, sedikit kain di bawah pusat.

3) Berpuasa tetapi berpelukan dan berpimpin tangan dengan girlfriend dan boyfriend. Membonceng motor, tempat duduk gedung membeli belah, sambil menunggu bas/teksi dan lain-lain lagi.

4) Berpuasa sambil melakukan benda yang anda tahu, Islam melarang anda berbuat demikian, anda tahu tetapi anda buat.

Apa agaknya jawapan dari anda?

Mungkin jawapan dari anda dan kebanyakkannya,

"Hey, nasib baik kami puasa tau, daripada orang tak puasa tu...".

Wow! Puasanya anda, pada suatu keadaan, di tengah-tengah bandar mahupun kampung-kampungan.
Tidak diminati VS Sikap buruk
Sayup permandangan dari tingkap, sebuah masjid yang berada di atas bukit, salah satu masjid yang ada di Pekan KK, Pekan Cowboy.

"Hang baru balik Selampit, hang tak tahu banyak cerita yang berlaku kat sini, haru biru semuanya." Kata rakan semasjid saya itu.

Sambungnya lagi,

"Hj Ahmad mana ada bakat nak jadi Pengarah DUN, datang masjid pun tidak, komunikasi dengan masyarakat setempat pun gagal. Kalau macam tu, mana boleh jadi Pengarah DUN".

Dan lagi,

"Ustaz Joe tu pula bermasalah, sombong, suka meninggi diri, semua dia betul, orang lain salah, bergaya sakan, pakai kereta besar-besar, hutang sana, hutang sini, nak buat program semua yang besar-besar tanpa fikir kekuatan yang ada".

Celah Tok Siak,

"Selagi Hj Ahmad jadi Pengarah DUN, aku tak mahu kerja dalam Parti P!".

Saya, hanya mampu mengeluh panjang, memandang terus ke tingkap, di pagi hari.

Sayup permandangan dari tingkap, sebuah masjid yang berada di atas bukit, salah satu masjid yang ada di Pekan KK, Pekan Cowboy.

-
Sedih dan gembira ramadhan
Ada kawan cerita,

Mesir, puasanya bagaikan pesta, pesta ibadah. Rayanya biasa-biasa sahaja. Sedih bila Ramadhan pergi. Kemeriahan berpuasa di Mesir, dinukilkan oleh penulis ini.

Malaysia? Puasanya bagaikan pesta juga, pesta makanan. Rayanya sungguh hebat disambut berbanding dengan puasa. Rasa gembira Ramadhan pergi.

Anda bagaimana? Sedih atau gembira di Ramadhan ini?

-
Kenangan 4551, FRU "Possing" Maut Di Kubang Semang 2
Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us
Markaz Negeri Kelantan, dikepung oleh FRU yang bergaya sakan.

PAS menang bergaya di UPU Kubang Semang dengan majoriti 498. Tahniah!

Kenangan 4551. Kenangan terindah sepanjang PRK.
Mat Rempit Rayu Undi UMNO Kubang Semang
Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Kemeriahan PRK N11 Di Kubang Semang






Anda rasa ini meriah atau mengerikan?
FRU "Possing" Maut Di Kubang Semang




Bergayakan?
Antara Lebat Dan Renyai
Dua hari, hujan berturut-turut, adakala lebat dan adakala renyai, hari ini, bagaimana ya Penang?

Ada dua persoalan, mengapa jalan akan jem hari ini,

1) Jalan sesak dengan pengundi?
2) Jalan sesak dengan pelancong pilihanraya?

Kalau ditambahkan dengan hujan, Ya! mungkin lagi meriah suasana dijalanan pada hari ini.
Sami Yusuf - You Came To Me


You came to me in that hour of need

When I was so lost, so lonely

You came to me, took my breath away

Showed me the right way, the way to lead

You filled my heart with love, showed me the light above

Now all I want is to be with you

You are my one true love, taught me to never judge

Now all I want is to be with you

CHORUS

allahuma salay alla saedeena mustafa

ala habibika nabeeka mustafa


You came to me in the time of despair

I called onto you, you were there

Without you what would my life be

Not know the unseen?, the worlds between

For you I'd sacrifice, for you I'd give my life

Any thing just to be with you

I feel so lost at times of all the hurt and lies

Now all I want is to be with you

CHORUS

allahuma salay alla saedeena mustafa

ala habibika nabeeka mustafa


Showed me right from wrong

Told me to be strong

Need you more than ever ya rasulallah

You came to me in that hour of need

Need you more than ever ya rasulallah

You filled my heart with love, showed me the light above

Now all want is to be with you

You are my one true love, taught me to never judge

Now all I want is to be with you

CHORUS

allahuma salay alla saedeena mustafa

ala habibika nabeeka mustafa

Source(s):
www.samiyusufofficial.com
Projek Baik Punya!


Sumber video : 15Malaysia

Saya, mengharapkan, lebih banyak lagi video seperti ini akan diterbitkan, bukan sekadar satu statik view, bunyi, muka penceramah sahaja, akan tetapi imej-imej lain yang membantu dalam penerangan.

Agak-agak, perakam kuliah-kuliah agama, boleh hasilkan projek seperti ini tak?

Belajar dalam keadaan seronok. Cetuskan perubahan.

-
Sepetang di Kubang Semang

Kawasan yang agak sibuk, pada petang hari, sekitar jualan juadah berbuka puasa. Jika melancong ke sini, jalan lupa untuk turut serta jem di sini.

Berbuka puasa hari ini di mana ya? Balik Pulau ada baik kah?
Sahur 3 Kali Sehari
Berpuasa di perantauan, suatu perkara yang bukan diminati oleh kita semua, berjauhan dengan keluarga.

Hari pertama sahur, dimulakan dengan makan malam pada pukul 9 malam, makan separa sahur pukul 2.30 pagi, dan 5.30 sahur. Dengan, ala kadar juadah.

Lepas sahaja azan subuh, berduyun-duyun sms menerjah ke telefon bimbit mengucapkan selamat berpuasa.

Terima kasih rakan-rakan yang menghantar. Terima kasih juga kepada "awek" yang menelefon tadi, untuk kejut bersahur.

Ya, maaflah, tidak sempat membalas sms kalian, kerana, pada waktu itu, saya masih dalam keadaan bekerja.

Alahai, nasib di perantauan.
Semak Di Hari Jumaat
Untuk sampai ke Penang, kena melalui dua negeri. Negeri pertama, Mat Rempit bonceng mesra aweknya ditepian semak-semak. Perlahan.

Negeri kedua, Mat Rempit bonceng mesra aweknya ditepian semak-semak, perlahan, berlainan arah daripada pakcik-pakcik memakai kopiah, membonceng ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Kawan di sebelah kata, "Waktu paling selamat untuk buat projek, masa imam pergi solat jumaat.".

"Oooo..." Saya.

-
Pangkah Individu Bukannya Pangkah Parti
Suatu pagi, di Pekan KK, Pekan Cowboy, sambil minum teh tarik dan makan roti canai.

Kedai kopi , hinggar binggar dengan ketidakpuashatian pengunjungnya.

"Mengapa Hj Ahmad dilantik, dia tak ada kelayakan, tak ada ilmu agama dan tak boleh mengajar di masjid!" Pakcik Hamdan.

"Betul tu, sepatutnya Ustaz Joe dilantik. Haishh!! depa ni buta kaa?" Meli Periuk.

"Hang tahu tak Selampit, selepas Ustaz Joe tidak dilantik menjadi Pengarah DUN ni, Parti P dah tak boleh menang dah kat sini. Aku tak tahulah apa nak jadi karang." Pakcik Hamdan.

"Betul tu, aku sekarang dah tak mahu undi dah Parti P kalau Ustaz Joe tak jadi Pengarah DUN." Pak Mat.

Saya, pendatang baru, mampu tersenyum kelat.

Suatu pagi, di Pekan KK, Pekan Cowboy, sambil minum teh tarik dan makan roti canai.
Selamat Datang Ya Ramadhan
Pertama, semua orang islam, wajib bersyukur, kerana diberikan kesempatan untuk merasai, rahmat dan kasih Allah di bulan Ramadhan kali ini. Termasuklah diri ini, semoga Ramadhan kali ini lebih baik lagi amal dilakukan berbanding dengan Ramadhan yang lepas.

Walaupun, kemungkinan besar tidak dapat berpuasa di hari pertama puasa dengan "awek" saya, saya akur, arahan kerja adakala lebih tinggi keutamaannya daripada keluarga. Adakalanya. Lihat atas keadaan.

Berpuasa di perantauan, bagaimana rasanya, sudah lupa akan kenangan-kenangan yang lepas, berpuasa di perantauan.

Esok, outstation bermula, ke utara. Mungkin berbuka puasa dengan Mee Udang atau Pasembor, masih belum tahu lagi.

Sempena Ramadhan, Sami Yusuf menghadiahkan sebuah lagu, untuk di download, Single terbaru, bertajuk You Came To Me. Lirik yang begitu mengharukan ditambah dengan suara Sami Yusuf yang lunak dan gemersik, membuatkan hati menjadi sebak serta merta.

Sila downloadnya [di sini].



-
Ulang Tahun Pertama

Sejak 20/08/2008 hinggalah sekarang, genap setahun usia perkahwinan kami berdua. Segala kekurangan dan kesalahan, mohon ampun. Dalam tempoh ini, saya bahagia sangat-sangat. Terima kasih kepada "awek" saya.

Semoga, hubungan ini terus berkekalan hingga ke akhir hayat.

-
Bukan Topeng Mask Rider
Bulan ini, tiap-tiap minggu rasanya ke hospital, samada diri sendiri, "awek" saya, dan hari ini, bapa mertua yang ada keuzuran.

Di hospital, bukan gerun kepada pesakit-pesakit yang ada, patah kaki, patah tangan, luka yang besar dan kecil, mata merah dan bermacam-macam lagi.

Tapi, gerun kepada pemakaian mask secara besar-besaran. Di sana sini orang pakai mask macam suasana dah darurat. Rasa, terpencil pula sebab saya tidak memakainya.

Agak-agak dalam suasana begini, tidak mahu lagi isytihar darurat untuk gejala berkaitan?

-
Pekan KK Pekan Cowboy
Pekan KK, tidak ubah sepertimana saya tinggalkan ketika mula-mula merantau. Masih lagi dipanggil Pekan Cowboy oleh rakan-rakan yang nakal.

Tidak pernah berubah, dalam suasana politik, sama ada di kedai kopi, masing-masing berbicara hal negara.

Suka lepak, di kedai kopi rata-rata geng pembangkang, ada ketika, yang bersemangat, baru sahaja kaki kanan melangkah masuk ke dalam kedai, terus dilaungkan slogan "Mapuh Parti B!". Begitu semangat.

Ketika itu, Parti P, parti pembangkang, membuat satu penstrukturan baru dalam organisasi DUN Pekan KK, masing-masing bermasam muka.

"Mengapa dia dipilih sebagai Pengarah DUN? sedangkan Ustaz Joe lebih layak daripada dia." Pakcik Kob.

"Ustaz Joe boleh mandikan orang mati, solat jenazah dan banyak lagi, dia tu, apa boleh buat?" tambahnya lagi.

Saya, sebagai orang baru, hanya tersenyum. Ketika itu, Hj Mohd dinaikan oleh Parti P, sebagai Pengarah DUN di Pekan KK.

Ada yang suka, dan ada yang masam.

-
A person's a person, no matter how small
Pernahkah anda merasakan, ada kehidupan, komuniti besar, bermasyarakat, yang hidup, di satu-satu tempat, yang difikirkan tidak logik oleh akal fikiran, disekeliling anda. Sebagai contoh ada kehidupan dalam sekelompok kecil sampah/speck of dust?

Begitulah apa yang digambarkan oleh Dr. Seuss di dalam bukunya Horton Hears a Who! pada tahun 1954, dan kemudiannya diadaptasi ke animasi, dan seterusnya terhasilnya filem pada tahun 2008.

Satu filem, yang menekankan satu ayat, yang begitu mendalam, "a person's a person, no matter how small".

Ia memberi satu pengajaran kepada kita, untuk menghargai kehidupan. Apa jua kehidupan, kita wajib untuk menghargainya. Tidak kira siapapun. Filem ini, banyak pengajarannya, amat sesuai ditonton oleh kanak-kanak dan dewasa.

Filem animasi ini juga menarik, kerana dihasilkan dengan teknologi yang tinggi dan suara Horton, watak utama telah diberi oleh Jim Carrey.

Kalau ditonton melalui Blu-Ray, ia menjadikan cerita ini bertambah menarik. ;D

Sinopis filem ini,
Horton the Elephant struggles to protect a microscopic community from his neighbors who refuse to believe it exists.

-
Kedai Haram
Ada dua, kedai dan pesta, yang haram dimasuki dan dilawati oleh saya ketika dipertengahan bulan ini,

1) Buku
2) Komputer

Mungkin tidak akan menjadi haram, jika kedua-duanya memberi perkataan "Percuma" pada barang yang ingin saya miliki. Haih!
Era 90an, Persekolahan yang menggembirakan

Sudah menonton filem ini? GADOH?

Filem ini, mengingatkan saya pada zaman persekolahan dahulu, berlaku pertembungan/pergaduhan di antara kaum boleh dikira majoriti di dalam sekolah, iaitu Melayu dan Cina.

Ketika berada di tingkatan 1 hinggalah 4, berlaku setiap hari pergaduhan melibatkan Melayu dan Cina. Motif pergaduhan, bukanlah bermotifkan perkauman, akan tetapi, masing-masing hendak tunjuk hebat.

Dari sekecil-kecil kayu hinggalah ke kerusi merupakan alat pergaduhan di dalam sekolah, jika di luar, topi keledar, kayu panjang, besi, botol dan lain-lain lagi.

Ya! era 90 an, memang hebat pertembungannya. Akan tetapi, pada 2000an ini, jarang berlaku kes seumpama ini.

Mungkin pada 90an, pelajar tidak sesibuk pelajar sekarang, jika dulu jarang dan boleh dikatakan tiada pelajar yang mengambil subjek melebihi 10 mata pelajaran. Kini, 15, biasa sahaja. Sekarang, terdengar arahan, hanya 10 mata pelajaran sahaja dibenarkan.

Mungkin kerana tidak sibuk, maka, banyak masa dihabiskan untuk bergaduh, balai polis tidak pernah sepi daripada menerima laporan pelajar bergaduh antara dua kaum besar ini. Kadang-kadang, polis terpaksa lepak di luar pintu pagar sekolah untuk mengelakkan pergaduhan di luar pagar sekolah.

Kaum India? Mereka minoriti, mengambil sikap berkecuali, mereka gemar lepak bersama kelompok mereka, smart/hensem setiap masa, dengan sikat sentiasa ada dikocek belakang, setiap 5 minit sekali akan sikat rambut mereka seperti mana kalian saksikan hero tamil sikat rambut mereka. Hitam, menawan dan bergaya, itulah mereka!.

Melayu, kalau tak bergaduh dengan Cina, mereka akan bergaduh sesama mereka sendiri. Atas sebab. Aku lebih hebat daripada hang!. Aku ketua di sini!. Ya, itulah sentimen-sentimen yang berlaku.

Pelik dan hairan, setelah Tingkat 5, sudah tidak kedengaran dan tidak bersama-sama, lepak, sambil makan keropok menyaksikan pergaduhan. Mungkin, hero-hero pergaduhan sudah menamatkan persekolahan mereka.

Mungkin, pergaduhan antara kaum adalah satu pergaduhan yang telah ketinggalan zaman, tidak "up-to-date".

Dan kini, kesemua kaum telah bersatu.

Namun, masih ada suara-suara sumbang, mengatakan jika tiada mereka, Melayu akan jadi lemah dan ditindas oleh kaum lain.

Jika anda tahu siapa suara-suara sumbang itu, anda orang yang perihatin, jika tidak, anda terus bersama-sama dengan orang yang bertelinga satu, lidahnya bercabang.

Sinopsis filem ini,
Gadoh tells a story of a group of teenagers who fought each other along racial lines; a cycle of hatred and violence further escalated by their environment and school system.

What was to be a quick resolution to improve the school’s bad image, was taken as an opportunity for one teacher who believed that real change was possible. She ropes in the help of an old friend and reluctant maverick theater activist for this arduous task.

Is there hope amidst the cycle of discrimination that surrounds us?

Watch Gadoh for their story, and what it may very well tell us about ourselves.

Movie Info:
Duration: 70 mins
Director: Brenda Danker, Namron
Producer: Anna Har
Production Company: Big Pictures Productions
Supported by Pusat KOMAS
Starring: Namron, Nicholas Liew Davis, Zahiril Adzim, Amerul Affendi and Maya Tan Abdullah
Language: Bahasa Malaysia with English/BM subtitles
Poster design by: Alexdrina Chong, Lucid Design Collaborative Studio

Nota Kaki Bukit

Anda boleh menyaksikan trailer filem ini di web rasmi GADOH.
Bertemu Dalam Ketaatan, Biar Keikhlasan Berbicara
Hari ini, Syarikat "P" kata. "Outstation anda dibekukan, anda ditahan di pejabat selama seminggu, dan, seminggu lagi, standby untuk pergi outstation".

"Orait!" Kata saya dengan gembira, walaupun dalam hati berkata, "Tak perlu pergi terus pun tak apa, dah nak puasa, kalau boleh nak berpuasa di rumah, kalau boleh...".

Pada saat ini, saya merindukan beberapa orang, yang bergelar sebagai Sang Murabbi, Murabbi kami di kampus, yang mengajar kami, apa itu Islam dan kepentingan untuk bersama dengan gerakan Islam.

Semoga Allah swt merahmati, memberi kesihatan yang sejahtera, memberi rezeki yang melimpah ruah, dikurniakan ilmu yang bertambah, istiqomah dalam perjuangan dan berbagai-bagai lagi doa untuk kalian semua. Jasa kalian untuk diri ini, tidak dapat dibalas, hanya Allah swt yang dapat membalas jasa kalian.

Ahh! Saya rindukan usrah, tamrin, madrasah, khatibah, kolokium fikir, mukhayyan, kuliah haraki dan segala-galanya. Yang telah dilalui dahulu, semoga kenangan, semakin segar.

Sahabat seperjuangan dahulu, bagaimana kehidupan kalian sekarang? Diharap tidak diabaikan apa yang telah kita belajar dahulu. Ada tanggungjawab yang perlu kita lakukan setiap masa dan setiap detik.

Pernah anda menonton filem, Sang Murabbi? Kisah perjalanan Ust. Rahmat Abdullah. Antara manusia yang bergelar Sang Murabi yang ada di dalam dunia ini.

Saya, menonton berulang-ulang kali, tiap kali merindui Murabbi saya, sebak terus menerus.

Sedutan filem Sang Murabbi,



Nasyid Sang Murabbi, Izzatul Islam,



-
Anda Tahu Tarikh Kiamat Bila?
Sudahkah anda menonton filem ini?

Cuba bayangkan, bagaimana perasaan anda apabila tahu, apakah peristiwa yang bakal terjadi pada masa akan datang, berdasarkan tarikh dan koordinat yang telah diberikan.

Salah satu daripada banyak-banyak filem yang mempertontonkan bagaimana imiginasi manusia tentang hal kiamat/kehancuran dunia.

Ajaibnya filem ini, kiamat hanya terjadi di bumi sahaja, planet-planet dan bintang lain tidak terlibat.

Dan, ajaibnya juga, bagaimana ada usaha, satu makhluk lain untuk menyelamatkan spesis manusia daripada kiamat tersebut dengan memindahkan beberapa orang yang dipanggil "the choosen one".

Dan mungkin, filem ini dibuat oleh orang yang tidak mempercayai ada kehidupan lain setelah mati.

Sinopsis daripada wikipedia,

Knowing is a 2009 science fiction film directed by Alex Proyas and starring Nicolas Cage. The project was originally attached to a number of directors under Columbia Pictures, but it was placed in turnaround and eventually picked up by Escape Artists. Production was financially backed by Summit Entertainment. Knowing was filmed in Melbourne, Australia, using various locations to represent the film's Boston-area setting. The film was released on March 20, 2009, in the United States. The DVD and Blu-ray media were released on July 7, 2009.[3]

Nota Kaki Bukit

Saya sudah menontonnya melalui Blu-ray, kualiti gambar dan bunyi, amat memukau. ;D.
25 Ogos? 17 Ogos? The Resistance
Tahun ini, kerap kali outstation.

Kali ini, kemungkinan besar akan outstation lagi, hanya tunggu arahan daripada Syarikat "P". Entah bila, hanya kena standby.

Bulan puasa makin hampir, harap-harap jadual disusun secara tidak membebankan.

13 hari mulai sekarang, jika diarahkan pergi, rasanya tidak membebankan sepertimana selalu, hampir sebulan lebih outstation.

Ya! kali ini puasa, entah bagaimana nasib di perantauan. Semoga dapat menghadapinya dengan tabah.

-
Demokrasi Kubur Aman Barisan Nasional
Ada satu episod,

Selepas ditendang oleh Misae dari bilik persalinan wanita, bengkak di kepala masih jelas lagi kelihatan,

"Papa, sampai bila saya boleh salin pakaian di bilik wanita?" Sin Chan.

"Soalan kau sama sahaja dengan soalan ini, sampai bila politik Jepun akan bertukar menjadi baik?" Papa Sin Chan.

Tamat cerita.

Dan. Begitulah di Malaysia, soalan yang berlainan sedikit, sampai bila demokrasi di Malaysia benar-benar dipraktikkan?

Adakah jawapan ini benar?

Sampai Barisan Nasional dikuburkan.

Jika benar jawapan tersebut, maka, menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengkuburkan Barisan Nasional.

Ayuh kita kuburkan Barisan Nasional di Permatang Pasir. Dan, beri kerjasama yang utuh kepada GMP yang ingin membuat sekali lagi demo susulan.

-
Pokemuantsosiologi?
Adakah mustahil satu-satu tulisan, boleh merangkumi semua aspek ini,
"Politik, kebudayaan, musik, antropologi dan sosiologi."
Satu-satu tulisan bermaksud, satu artikel.

Mengikut kamus dewan,

Antropologi - Pengajian saintifik tentang asal usul manusia (perkembangan fizikal dan budayanya, ciri-ciri rasnya dan adat resam, serta kepercayaannya), kaji manusia.

Sosiologi - kajian tentang perkembangan, organisasi, kehidupan, dsb masyarakat manusia.

Mungkin tidak mustahil satu artikel merangkumi semua aspek ini, betul tak?

-
Cemeti dan Anda Semua, Peranan dan Kebaikannya
Sumber gambar : Sinaganaga


Satu kaum yang memegang cemeti/cota sambil mengejar manusia lain telah di ceritakan oleh Nabi kesayangan kita Muhammad saw?

Rasanya, baru-baru ini, ada kaum/golongan yang mengejar manusia dengan cemeti/cota serta pancutan air dan gas? Siapakah mereka?

FRU kah?
Polis kah?
Jabatan Kesihatan kah?
Unit H1N1 kah?
Bomba kah?

Nak tahu lebih lanjut, sila tonton video ini [klik untuk tonton]

Jika saya sedang atau bekerja dengan kaum/golongan ini, saya mewajibkan diri saya untuk berhenti serta merta daripada kerja-kerja laknat ini.

Sumber gambar : Pipiyapong


Nota Kaki Bukit

Gambar-gambar yang disiarkan, hanyalah hiasan semata-mata, tiada kaitan yang mana hidup dan telah meninggal dunia.
Uprising
Antara lirik Uprising dipetik dalam album terbaru Muse - The Resistance,
"They will not force us.
They will stop degrading us.
They will not control us.
We will be victorious." - Uprising.
Betul, walaupun pelbagai ancaman yang diberi oleh UBN kepada pembangkang, namun ia tidak dapat menyekat kebangkitan rakyat. ISA sila mansuhkan, jika tidak anda akan menyesal!.

We will be victorious....

Tak sabar untuk mendapatkan album terbaru Muse.
And these wars, they can't be won

Semalam, dengar album Amr Diab, Wayah 2009. Boleh tahan juga sedapnya. Dari semalam hinggalah sebelumnya saya tidak tahu Amr Diab ini bukan mendendangkan nasyid. Hari ini baru tahu, Amr Diab bukan penyanyi nasyid.

Alahai, mengapa saya lambat tahu.

Hari ini teruja apabila membuka wikipedia, Muse akan melancarkan album terbarunya tidak lama lagi, The Resistance (2009–present). Antara band muzik yang saya minati kerana keunikan hasil seni. Saya suka suara dan petikan guitar daripada Matthew Bellamy, ia amat unik. Dan, ketukan derum Dominic Howard juga amat saya minati, tersusun dan jelas satu-satu ketukannya. Christopher Wolstenholme? Bassnya amat memukau ketika lagu Time is Running Out dan Hysteria.

Dan saya terjumpa lagu terbaru mereka, Muse - United States of Eurasia. Sila dengarkan.

"And these wars, they can't be won..." Antara lirik lagu tersebut.

Yang pasti, saya pasti akan download full album. Hehe, apa lagi, kasi sedut torrent aje.

-
Best Lepak Depan TV
Ada satu ketika, seorang kanak-kanak rebina beri demam, saya memberikan satu kata-kata semangat pada dia,

"Demam, best tu, boleh duk dalam selimut, buat air milo, letak tin biskut kat tepi, pastu duk depan TV, perghhh memang best!".

Itu kata-kata dua minggu sebelum saya sendiri yang kena demam.

Demam hampir dua minggu, tidak tahu sakit apa, denggi pun tidak, H1N1 jauh sekali, alhamdulillah tiada sakit selsema dan batuk.

Semalam periksa darah lagi dan xray.

Masih lagi belum dikesan penyakit apa secara terperinci.

3 jenis antibiotik, belum pernah lagi telan antibiotik 3 jenis sekali gus.

Mohon dipersihatkan badan ini, kerana, banyak lagi tugas-tugas yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat.

-