Megat ACAB menemui Islam
Pernah, saya bercerita mengenai Megat ACAB melalui entri ini Lagha: Gua Respek Sama Lu Bro Megat ACAB

Dan, kini , ingin saya siarkan sedikit klip daripada interview melodi yang lepas dengan beliau.



Ibrahim Ali masih mengimpikan keahlian UMNOnya diterima
Sejak dahulu, hingga kini, Ibrahim Ali yang dikatakan 'Bebas' itu masih lagi tergila-gilakan parti lamanya UMNO. Mungkin belum sampai masa, beliau mengisytiharkannya. Kita hanya menunggu.

Sehingga kini, bertali arus, dari Negeri, Pemuda, Muslimat dan paling nyata Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan telah mengeluarkan kenyataan menggesa Ibrahim Ali meletak jawatan melalui Dato' Takiyuddin Hassan.

Kenapa harus menggesa? Sedangkankan Ibrahim Ali adalah 'Bebas'?

Sebab yang paling jelas ialah

Ibrahim Ali bertanding 'Bebas' itu diperkenankan oleh PAS Negeri Kelantan sehinggakan mengeluarkan watikah perlantikan kepada Ibrahim Ali. Dan. Menggesa ahli-ahli PAS di Pasir Mas, untuk memberi sokongan kepada Ibrahim Ali.

Namun, kebelakangan ini, Ibrahim Ali jelas mengutuk dan mengecam PAS. Ini tidak sepatutnya berlaku.

Selaku ahli PAS, saya menyokong sepenuhnya apa yang diminta oleh PAS Negeri Kelantan iaitu meminta Ibrahim Ali meletak jawatan dan bertanding semula.




Perkara yang saya suka 1
Semalam, jenguk ke blogkelate, terjumpa ayat yang saya suka

Quote

~Sesungguhnya tiada satu rakyat negeri di Malaysia ini yg lebih mengambil berat dan cakna akan rakan senegerinya dgn sebenar pengertian melainkan rakyat kelate~

End Quote


Ayat yang mungkin kena pada peribadi ini selaku rakyat Kelantan.

Dan, mungkin, ataupun kebiasaan, yang lahir pada tahun 80an, suka akan mengenang kisah-kisah zaman kecil. Zaman yang cukup indah untuk dikenangkan. Segala suka duka yang amat-amat menggamit kenangan.

Saya suka baca artikel ini Pagi-Pagi Buta Hari Sabtu, Aku Terlihat Chun Li Versi Kristin Kreuk, Lantas Dia Membawa Aku Merentas Masa Sambil Kami Berpegangan Tangan.

Rasa, ingin kembali pada zaman tersebut. Hidup sekeluarga, ditemani ayahanda dan bonda serta dikelilingi rakan-rakan. Kini, lain dari dahulu.

Al-Fatihah untuk ayahanda yang dirindui.

رَبِ اغْفِرلِي ذُنُوبِي ولِوالداي وَارْحَمْهُما كَما رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Ya ALLAH! Ampunkanlah dosa-dosaku dan dosa dua ibubapaku serta kasihanilah keduanya sebagaimana mereka menjagaku ketika kecil
Faisal Tehrani tidak mahu melepaskan mikrofon terakhir
Faisal Tehrani, penulis muda, darah muda, hari ini, memegang mikrofon dan mengatakan kepada dunia dan Malaysia bahawa 'Ramalan'nya tepat.

"Itulah, hangpa tak dengar apa yang aku cakap dahulu." Tercetus di hati saya kepada dia.

Faisal Tehrani, beberapa kali telah memasukkan suntikan 'pop' seninya dengan bermaksud ingin menegur parti-parti politik di Malaysia ini, terutama sekali PAS.

Bagi saya, tidak salah menegur, akan tetapi berhati-hatilah apabila menegur, orang yang memerhatikan akan menilai sejauh mana ilmu anda dalam teguran tersebut.

Artikel 'Ramalan'nya jelas sekali menegur Tuan Presiden PAS, mengenai lompat melompat ini, sehingga tercetusnya persoalan daripadanya

Quote

"eh sampai bila 'kalian' mahu bergelumang dengan politik syaitan dan haiwan? "

End Quote

Dalam kesenian, persoalan tersebut hanya mencerca tanpa ada niat membina dan memberi satu suntikan penyelesaian. Ia akan mengakibat satu ledakan yang besar di antara kedua-dua pihak. Biarlah seni kita, seni yang berpedoman. Memberi kebaikan kepada sesiapa sahaja.

Pada asasnya persoalan ini yang dicari jawapannya

"Lompat parti sama ada berbayar atau tidak berbayar adalah keji!"

Apakah dengan menggunakan hujah ini telah mendapat kesimpulan sebegitu?

Quote

"Alangkah benarnya kata-kata al-Marhum Imam Khomeini, politik tanpa ahlul bait hanya ada dua, politik syaitani (seperti Amerika Syarikat dan Zionis); dan politik haiwani (politik yang kita lihat sekarang ini). Hanya politik dengan bumbu sebenar iaitu kembali kepada ahlul bait kita akan memetarai politik Ilahi. Politik bersih suci ini diperlihatkan oleh Rasulullah saw dan ahlul bait; Saidina Ali, dan Saidina Hassan dan kerana ia semua diingkari (sehingga menjadi semakin hewan dan setan) oleh Muawiyah dan Yazid, Saidina Hussein harus bangkit melakukan nahi mungkar yang agung. Ia menjadi simbol kekuatan Islam hingga hari ini."

End Quote

Sejauhmana kekuatan hujah tersebut hingga dapat mengeluarkan kesimpulan sedemikian, tanpa dikaji dengan ilmu agama iaitu tanpa dalil yang kukuh. Sudah pasti kita tidak pernah mempertikaikan keimanan Muawiyah, Yazid dan Saidina Hussein, mereka itu semua berjuang dengan ikhlas kerana Allah swt. Semua yang disebut adalah orang yang beriman kepada Allah.

Sejauh mana mempertimbangkan perkataan "jijik" kepada orang yang berusaha untuk meletakkan agama Allah ditempat yang sepatutnya? Dan tanya diri kita, apakah aku telah buat selama ini, untuk bersama-sama membantu demi Allah.

Jijik sungguh Presiden PAS, jijik sungguh pada pandangan yang mulia Faisal Tehrani yang diselimuti hasil seni nan indah.

Artikel ini menjawab jijik dan persoalan Faisal Tehrani, harap beliau membacanya dengan penuh teliti dan berusaha menjawab artikel tersebut dengan hujah dan fakta. Tidak perlu sebarang bunga-bunga seni dalam menjawabnya. Kerana anda telah mengheret segilintir manusia yang tidak mahu berfikir untuk membenci politik.

Sila baca: Apakah Hukum Lompat Parti dan ‘Double Standard' Berkenaannya ?

Akhir. Selamat maju jaya, kepada anak muda memperjuangkan seni, biarlah seni itu terus menjalinkan taat setianya kepada Allah swt.

UMNO tersilap strategi, para blogger bangkit atas isu Perak - Malaysiakini
Barisan Nasional dan khususnya kepada UMNO, jangan sesekali bermain dengan api, jangan bermain atas satu isu yang amat-amat bathil, khususnya isu di Perak.

Sudah jelas dan nyata para bloggers sedar akan hal ini,

Quote

"Sayugia diingatkan tindakan Dato Najib yang cuba menjatuhkan pentadbiran Menteri Besar Perak Dato’ Seri Nizar dengan cara mengugut, merasuah serta bermain silap mata dengan menghilangkan individu tertentu, sebenarnya mengenepikan Perlembagaan, juga dengan sengaja mencemar kemulian, bukan sahaja Paduka Sri Sultan Perak, malah Institusi Raja-Raja Melayu itu sendiri, kerna mereka adalah Penjaga kepada Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi di negara ini." - Anwar Ibrahim

End Quote

UMNO masih tidak sedar akan faktor kekalahan juak-juaknya dalam pilihanraya? Mereka sedar. Akan tetapi mereka masih lagi ingin bermain dengan api.

Salah satu sebab besar, mengapa mereka kalah ialah disebabkan para bloggers.

Quote

"
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah tidak meragui bahawa media baru iaitu Internet akan menguasai aliran informasi sehingga ke skala 86 peratus yang akan menguasai dan membentuk pilihan raya di kedua-dua Dun dan Parlimen itu." Mutaligat

End Quote

Hidup bloggers!

Quote

"Blog merupakan kewartawanan individu di mana mereka meluah perasaan individu sebagai ahli masyarakat bukan seperti sebuah akhbar yang mempunyai ramai pengarang. Jika ada 5,000 blog rakyat di Perak, mereka dapat membaca 5,000 blog daripada sisi orang Perak. Ini berbeza dengan media sekular yang satu arah," Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah

End Quote

PRK kedua Bukit nanti akan menyaksikan lagi para bloggers bangkit menentang Barisan Nasional dan UMNO.

Hidup bloggers!

Beza bloggers rakyat dan UMNO ialah diperkataan IKHLAS.
Walaupun Calon Tempatan, UMNO tetap akan terkubur! - Malaysiakini
Walaupun cuba, untuk memperbetulkan kesilapannya untuk meletakkan calon tempatan di Bukit Gantang, UMNO tetap akan kalah di sana nanti, rakyat Perak akan menghukum kesalahan Kerajaan haram UMNO.

Mengapa saya beranggapan sedemikian?

Kerana, mengikut Kajian: 97 peratus rakyat Perak mahu DUN dibubarkan ,apakah Zambry mahu pulih kepercayaan rakyat dengan menidakkan kajian tersebut?

Tidak kira, Ir Nizar ataupun mana-mana calon PAS sekalipun, saya amat-amat yakin bahawa PAS akan menang dalam Pilihanraya kecil tersebut. Insyallah.

Saya kira, rakyat Perak sudah matang dalam berpolitik, mereka telah menyaksikan rampasan kuasa oleh BN di sana. Dan mereka sekarang terhimpit dengan kerja jahat Najib dan BN.

Tambahan pula, rakyat Perak terkejut dengan kenyataan MB HARAM PERAK : 3 HARI MASUK PEJABAT DAH KENA 'REPORT' SALAH GUNA KUASA .

Bagi saya, ia adalah satu isyarat, bahawa rakyat Perak khususnya di Bukit Gantang akan menghukum UMNO secukupnya dalam pilihanraya nanti.

Apapun saya berharap kepada PAS Perak mempersiap siaga jentera untuk menentang UMNO laknat.

Dengan pertolongan Allah swt, saya yakin PAS akan memenangi di kerusi Parlimen Bukit Gantang. Dan menghantar seorang lagi wakil ke Parlimen, dengan mengulangi kejayaan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. InsyAllah

Ref: Malaysiakini , KampusNegara
Sokong Ir Nizar Untuk Jadi Calon MP Bukit Gantang
Al Fatihah kepada almarhum Ustaz Roslan Shaharum yang telah meninggal dunia. Belia merupakan ahli Parlimen Pas Bukit Gantang.

Sudah pasti akan ada Pilihanraya Kecil di Parlimen tersebut, dan Pakatan Rakyat sekali lagi akan diwakili oleh PAS.

Saya mencadangkan supaya Ir Nizar diletakkan sebagai calon di sana. Untuk membuktikan bahawa rakyat Perak masih lagi memberi sokongan padu kepada beliau.

Al Fatihah sekali lagi kepada almarhum.
Perak:Tipulah, jika mengatakan UMNO itu hebat!
Tipulah, jika mengatakan hati ini tidak sedetik pun sedih atas apa yang berlaku di Perak. Tapi apakan daya, ia telah tersurat.

La Tahzan. Elakkan bersedih, kita maju hadapan untuk menghancurkan lagi akan kezaliman selumat-lumatnya.

Tipulah, jika mengatakan Kerajaan Barisan Nasional jika memerintah Perak ia akan mengembalikan kestabilan politik di sana. Dengan perbezaan 3 kerusi, apakah mungkin dapat menahan badai yang akan berlaku.

Tipulah, jika mengatakan hati ini tidak sedetik pun marah kepada dua orang melayu Islam yang mengkhianati janji dengan Pakatan Rakyat.

Tipulah, jika mengatakan penguasaan Barisan Nasional ke atas Perak langsung tiada kaitan dengan Rasuah dan Penculikan.

Tipulah, jika mengatakan saya amat sayangkan Kerajaan Barisan Nasional sekarang ini.
Perak: Tidak Salah Jika Berkata PAS Patut Keluar Pakatan Rakyat
Kini, tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Disebabkan tindakan bijak adun-adun daripada PKR dan DAP melompat parti.

Detik 2.33 petang 5 Feb, menyaksikan arahan daripada Istana supaya MB Perak, meletakkan jawatan dan diistihar kosong.

Maka bergembiralah manusia yang meraikan kemenangan Barisan Nasional, merampas Perak daripada Pakatan Rakyat.

Apa khabar PKR, dan apa khabar DAP? Masihkah mahu bertanding atas tiket Pakatan Rakyat? Tepuklah dada anda, dan tanya keikhlasan.

Di Kedah mempunyai ancaman sama dengan Perak, mempunyai ramai adun PKR dan DAP yang bermasalah. Moga Kedah diselamatkan.

Kini tinggal, wakil-wakil rakyat daripada PAS yang masih lagi memegang janji. Memegang janji ingin mempertahankan Pakatan Rakyat. PKR dan DAP, di manakah kamu?

Tidak salah jika saya berkata, PAS di penggal hadapan (PRU13), bertanding atas tiket parti PAS itu sendiri tanpa ada kerjasama mana-mana parti lain.

Bersesuaian dengan perkataan.

PAS For ALL.