Faisal Tehrani tidak mahu melepaskan mikrofon terakhir
Faisal Tehrani, penulis muda, darah muda, hari ini, memegang mikrofon dan mengatakan kepada dunia dan Malaysia bahawa 'Ramalan'nya tepat.

"Itulah, hangpa tak dengar apa yang aku cakap dahulu." Tercetus di hati saya kepada dia.

Faisal Tehrani, beberapa kali telah memasukkan suntikan 'pop' seninya dengan bermaksud ingin menegur parti-parti politik di Malaysia ini, terutama sekali PAS.

Bagi saya, tidak salah menegur, akan tetapi berhati-hatilah apabila menegur, orang yang memerhatikan akan menilai sejauh mana ilmu anda dalam teguran tersebut.

Artikel 'Ramalan'nya jelas sekali menegur Tuan Presiden PAS, mengenai lompat melompat ini, sehingga tercetusnya persoalan daripadanya

Quote

"eh sampai bila 'kalian' mahu bergelumang dengan politik syaitan dan haiwan? "

End Quote

Dalam kesenian, persoalan tersebut hanya mencerca tanpa ada niat membina dan memberi satu suntikan penyelesaian. Ia akan mengakibat satu ledakan yang besar di antara kedua-dua pihak. Biarlah seni kita, seni yang berpedoman. Memberi kebaikan kepada sesiapa sahaja.

Pada asasnya persoalan ini yang dicari jawapannya

"Lompat parti sama ada berbayar atau tidak berbayar adalah keji!"

Apakah dengan menggunakan hujah ini telah mendapat kesimpulan sebegitu?

Quote

"Alangkah benarnya kata-kata al-Marhum Imam Khomeini, politik tanpa ahlul bait hanya ada dua, politik syaitani (seperti Amerika Syarikat dan Zionis); dan politik haiwani (politik yang kita lihat sekarang ini). Hanya politik dengan bumbu sebenar iaitu kembali kepada ahlul bait kita akan memetarai politik Ilahi. Politik bersih suci ini diperlihatkan oleh Rasulullah saw dan ahlul bait; Saidina Ali, dan Saidina Hassan dan kerana ia semua diingkari (sehingga menjadi semakin hewan dan setan) oleh Muawiyah dan Yazid, Saidina Hussein harus bangkit melakukan nahi mungkar yang agung. Ia menjadi simbol kekuatan Islam hingga hari ini."

End Quote

Sejauhmana kekuatan hujah tersebut hingga dapat mengeluarkan kesimpulan sedemikian, tanpa dikaji dengan ilmu agama iaitu tanpa dalil yang kukuh. Sudah pasti kita tidak pernah mempertikaikan keimanan Muawiyah, Yazid dan Saidina Hussein, mereka itu semua berjuang dengan ikhlas kerana Allah swt. Semua yang disebut adalah orang yang beriman kepada Allah.

Sejauh mana mempertimbangkan perkataan "jijik" kepada orang yang berusaha untuk meletakkan agama Allah ditempat yang sepatutnya? Dan tanya diri kita, apakah aku telah buat selama ini, untuk bersama-sama membantu demi Allah.

Jijik sungguh Presiden PAS, jijik sungguh pada pandangan yang mulia Faisal Tehrani yang diselimuti hasil seni nan indah.

Artikel ini menjawab jijik dan persoalan Faisal Tehrani, harap beliau membacanya dengan penuh teliti dan berusaha menjawab artikel tersebut dengan hujah dan fakta. Tidak perlu sebarang bunga-bunga seni dalam menjawabnya. Kerana anda telah mengheret segilintir manusia yang tidak mahu berfikir untuk membenci politik.

Sila baca: Apakah Hukum Lompat Parti dan ‘Double Standard' Berkenaannya ?

Akhir. Selamat maju jaya, kepada anak muda memperjuangkan seni, biarlah seni itu terus menjalinkan taat setianya kepada Allah swt.

2 Responses
  1. Abu Imran Says:

    Faisal Tehrani membuat kenyataan yang berpihak kepada puak syiah. Tak hairanlah kalau dia meninggikan imam dari golongan syiah. Dan tak hairan juga dia boleh bersahaja dalam mencaci maki para sahabat Rasulullah SAW. Sesungguhnya syiah membenci sekalian banyak sahabat nabi SAW kecuali sebahagian daripadanya. Sahabat Nabi SAW yang utama dibenci syiah adalah Abu Bakar r.a dan Umar r.a. Semoga Allah memberi petunjuk ke jalan yang benar kepadanya dan juga kepada seluruh umat.


  2. Faisal Tehrani ni adalah antara ejen Syiah di Malaysia ni. Syiah begitu berdendam dengan TG Hadi Awang kerana beliau antara ulama yg menentang keras penyebaran agama Syiah ni, tambah2 pula Syiah telah hampir gagal meresap ke dalam PAS.