TGNA telah diperguna oleh pembantu yang sesat
Jika benarlah apa yang semua dinyatakan oleh Tok Guru Nik Aziz di dalam Malaysiakini - 'Boneka Umno' suka k'jaan perpaduan. Saya hanya mampu tersenyum, kerana teringat apa yang telah beliau katakan kepada Mustapha Ali ketika Mustapha Ali mengatakan di sidang medianya bersama Harakah bahawasanya "16 September GAGAL".

Tok Guru Nik Aziz melenting lagi buat kali ini.

Salah satu kenyataannya di dalam Malaysiakini,

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas." - TGNA

MasyAllah, saya hanya mampu bertanya,

1- Apakah ada keputusan untuk membuat Kerajaan Perpaduan pada keputusan Muktamar 55 yang lepas?

2- Apakah tiada disebut untuk memperkuatkan lagi Pakatan Rakyat di dalam ucapan dasar?

3- Apakah Tuan Guru Nik Aziz menafikan keputusan yang telah dibuat di Muktamar 55, kerana anda berpaling ke belakang, dan masih lagi berada di Ipoh ketika kita berada di Shah Alam?

Saya amat maklum, Tok Guru Nik Aziz masih lagi dipergunakan oleh pembantu-pembantunya yang sesat dan menyesatkan.

Tiada apa yang boleh saya perkatakan lagi,

Saya merasakan pimpinan pusat sedia maklum akan siapa yang telah menyesatkan Tok Guru Nik Aziz ini. Dan saya ingin meminta kepada pimpinan pusat, untuk mengambil tindakan kepada pembantu-pembantu yang sesat ini. Saya merasakan kalau pembantu ini dibuang keahliannya pun setimpal dengan apa yang telah di apikannya.

Saya tetap berdoa selamanya, sesiapa yang membuat fitnah di dalam gerakan Islam, PAS, akan mendapat kecelakaan dan laknat daripada Allah swt. Saya tidak akan berhenti berdoa. Kerana, orang-orang ini memang tidak layak untuk bersama dengan gerakan Islam yang suci ini.

Hilang ketaatan kepada pemimpin, Hilanglah keberkatan dalam perjuangan.


-
0 Responses