Ya! Semoga hari ini lebih baik daripada semalam!
Kenalkah anda dengan Kitaro? Ya! Beliau merupakan ahli musik, yang banyak menghasilkan lagu bercorak instrumental, yang banyak juga mengaitkan alam dan fauna.

Jiwa yang telah tidak tenang, semakin menjadi sayu dan tidak menemui punca apabila mendengar satu daripada lagunya daripada albumnya iaitu Romantic Ballads, yang bertajuk Caravansary.

Saya juga pelik dengan perubahan jiwa ini, bersemangat setelah habisnya Muktamar dan secara cepatnya berbolak balik hati ini, menjadi tidak tenang dan menjadi sayu.

Mungkin, melihatkan akan gelagat para pemimpin dan ahli gerakan Islam ini sendiri, yang begitu takjub akan kemenangan sehingga meninggalkan banyak perkara. Hingga sanggup mengaibkan sahabat sendiri, sama ada disengajakan atau pun tidak.

Ketika jiwa dan hati tidak menentu ini, diri menjadi sensitif, pantang silap yang dilakukan habis semua dikaitkan, pantang sakit, pulihnya amat-amat memakan masa yang lama, tidur tidak berapa kualiti kerana fikiran menjadi tidak menentu.

Ketika ini, mungkin saya, ingin banyak bersendiri, untuk muhasabah kembali apa yang telah dilalui sebelum dan selepas ini.

Ketika menulis ini, badan diserang sakit-sakit otot dan sengal. Tidak tahu mengapa, mungkin disebabkan jiwa yang tidak tenang.

Hati dan jiwa ini, bertambah sayu dan sedih apabila pemergian mujahid teragung era ini, semoga Allah merahmati ruh al marhum al ustaz Dr. Fathi Yakan. Ilmu yang begitu banyak beliau curahkan selama ini akan terus menjadi bekalan untuk kami tatapi dan renungi. Antara buku beliau yang saya bawa ke mana-mana tatkala bermusafir ialah Bahtera Penyelamat. Ia amat berguna kepada saya, tatkala berjiwa tidak tenang dan sayu ini.

Apakah kalian ada nasihat untuk saya? Untuk mengembalikan jiwa ini kepada yang tenang, untuk terus berjuang tanpa melihat kiri, kanan, depan dan belakang?

Terkadang, maksud kepada perjuangan Islam tidak dihamparkan dengan permaidani merah, jalan-jalannya dipenuhi onak duri, amat-amat mengusik jiwa.

Semoga, hari ini, hari yang terakhir untuk jiwa tidak menentu ini, kerana ia tidak memberi sebarang kebaikan untuk diri ini, untuk terus merintih. InsyAllah akan cuba perbaiki diri ini untuk terus menjadi insan bertakwa.

Alhamdulillah, setelah berlakunya hal-hal sebelum hari ini, ia amat mematangkan saya dan memperolehi banyak ilmu yang tersembunyi, yang sebelum ini, saya tidak jelas dan kabur.

Ya! Semoga hari ini lebih baik daripada semalam!
0 Responses