Faisal Tehrani pun berjiwa besar
Pada entri saya yang lepas, saya begitu menentang tulisan Faisal Tehrani dengan entri ini - Faisal Tehrani tidak mahu melepaskan mikrofon terakhir.

Hari ini saya ingin memuji tulisan beliau yang menunjukkan kematangan beliau dalam berpandangan politik melalui entri terbaru beliau - Yang Besar Jiwa Sebenarnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Saya sedar hari ini, lama-kelamaan orang akan sedar, siapa sebenarnya lebih professional dan mantap dalam sesebuah saf pimpinan, namun itu bukan satu kayu ukur untuk menunjukkan graf sokongan makin meningkat.

Semua pimpinan adalah mantap, mereka mantap dalam segi skop dan kepakaran masing-masing. PAS tidak pernah ketandusan pimpinan yang mantap, pimpinan yang dilantik pada muktamar yang lepas merupakan saf pimpinan yang terbaik.

Orang yang buta mata hati dan bodoh sahaja yang menentang saf pimpinan yang dilantik, bagaikan di dalam hati ada berjuta-juta syaitan sedang mengusik, mengusik untuk mengatakan bahawa pimpinan itu pro UMNO dan pimpinan ini pro UMNO.

PAS sentiasa menyuruh ahlinya supaya berjiwa besar, apa itu berjiwa besar?

Yakin dan percaya hanya dengan ISLAM sahaja kita menang!
0 Responses