Permata Guchil Menggilapkan Manek Urai, Syukur

Jika terdahulu, tidak berpeluang untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat di Guchil, namun, sekarang, tahniah! Saya bersama dengan anda, ketika anda susah dan juga tika anda senang.

Betullah, ada hikmah disebalik kesedihan PRU12 dahulu, namun, Allah swt telah mengurniakan nikmatnya di PRK Manek Urai 2009. Allah mempunyai kuasa untuk mengangkat sesiapa sahaja untuk menjadi pemimpin.

Maka bersyukurlah.

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

-
Zulkifli Yaacob Masih Hidup Rupanya Di Kuala Krai
Saya pelik, mengapa, calon sudah ditetapkan oleh TGNA masih ada lagi suara-suara yang tidak sedap di dengar.

Contohnya,

"Saya mencadangkan nama Mohd Zamzuri Mat Lazim - bekas calon PAS yang kalah DUN Manek Urai dalam pilihanraya umum tahun 2004," katanya. - Zulkifli Yaacob dalam Malaysiakini
Hormatilah idea Tuan Guru Haji Hadi dan berilah keadilan untuknya
Saya amat menyenangi sekiranya anda membaca artikel ini, untuk mengetahui apa itu Unity Govenment. - Antara dua Tok Guru: Penjelasan dan penjernihan terhadap konsep Kerajaan Perpaduan.

Saya juga, amat menyenangi kenyataan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin di Bernama,

"KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa berkata parti itu berpendirian terbuka untuk perbincangan tentang perpaduan dan bukannya kerajaan perpaduan." - Bernama

Jika anda masih ragu, saya tidak ada nasihat lain, cuma satu sahaja, carilah kepastian dengan kenyataan-kenyataan Tuan Guru Haji Hadi sendiri. Jangan dengar disebelah pihak sahaja untuk melaknat hal Kerajaan Perpaduan.

Hormatilah idea Tuan Guru Haji Hadi dan berilah keadilan untuk beliau.

-
Adakah Nik Abduh Seberani Abdul Malik?
Sejak munculnya perkataan "Boneka UMNO" daripada ayahanda Ustaz Nik Abduh, saya tertunggu-tunggu artikel terbaru daripada beliau, sama ada ingin menegur atau mempertahankan ayahandanya.

Saya masih lagi menunggu sentuhan berbisa daripada beliau, sepertimana beliau telah nukilkan sehingga menjadi penyebab, mengapa beliau kalah semasa pemilihan Ketua Pemuda Kelantan yang lepas iaitu:

1- kerja – kerja bodoh dalam pas
2- kerja – kerja bodoh dalam pas 2

Bukannya ingin mengetahui cerita rumahtangga orang, akan tetapi ingin mendapat sedikit penjelasan, semoga api yang semakin bersemarak dalam diri ini, dapat dikecilkan sedikit. Api tersebut telah dihidupkan dengan perkataan "Boneka UMNO".

Adakah anda kenal dengan Abdul Malik?

Jika tidak, sila baca cerita yang saya ceritakan di bawah.

"Siapa yang menjaminmu hidup sampai selepas zuhur?" Pertanyaan itu terlontar daripada mulut seseorang pemuda kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz, tokoh pemimpin yang bergelar khulafa' ar rasyidin kelima. Ketika itu, khalifah yang terkenal dengan keadilannya itu sangat tersentak dengan perkataan si pemuda. Apatah lagi pada ketika itu, dia sedang merebahkan dirinya beristirehat selepas selesai mengebumikan khalifah sebelumnya, Sulaiman bin Malik.

Tetapi baru sahaja di merebahkan badannya, seorang pemuda berusia 17 tahun datang menghampirinya dan mengatakan,"Apa yang tuan lakukan wahai Amirul Mukminin?" Khalifah Umar menjawab, "Biarkan saya tidur sejenak. Saya sangat letih dan penat sehingga hampir tiada kekuatan yang tersisa."

Namun pemuda itu kelihatan tidak puas dengan jawapan tersebut. Dia bertanya lagi, "Apakah tuan akan tidur sebelum mengembalikan barang yang diambil secara paksa kepada pemiliknya, wahai Amirul Mukminin?".

Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengatakan, "Jika tiba waktu zuhur, saya bersama orang-orang saya akan mengembalikan barang-barang tersebut kepada pemiliknya." Jawapan itulah kemudian ditanggapi oleh si pemuda, "Siapa yang menjaminmu hidup sampai selepas waktu zuhur, wahai Amirul Mukminin?".

Pemuda itu bernama Abdul Malik. Dia adalah putera Amirul Mukminin sendiri, Umar bin Abdul Aziz. Semoga Allah merahmati kedua-duanya.

Tamat cerita.

Kembali kepada Ustaz Nik Abduh, sepertimana ucapan penaguhannya di muktamar Pemuda Kelantan, beliau banyak mempertahankan Presiden. Sudah pasti, hal telah berlaku sekarang, beliau amat-amatlah memahaminya.

Pinta saya kepada insan terhampir dengan Tok Guru Nik Aziz ini, supaya, pinta ayahanda supaya kaji kembali perkataan "Boneka UMNO" ini, kerana ia telah mengheret orang-orang lain untuk membenci Tuan Guru Presiden, contohnya Ketua Kelab Penyokong PAS Kelantan, jelas melarang dan memperlekeh idea Kerajaan Perpaduan, sehingga melarang TGHH ke Manek Urai.

Jika Tok Guru Nik Aziz merasakan dirinya sudah tersilap cakap, tersalah memberi gelaran wajar beliau perbetulkan kembali.

Kerana,

Tiada siapa yang menjamin beliau hidup selepas waktu subuh pagi esok.

Tidak perlu Ustaz Nik Abduh membuat artikel, cukup sekadar berdiskusi dengan ayahanda anda. Tanda kasih dan tanda sayang, kita menegur.

Sekian.
Khalid Samad Teruja Dengan UG Hingga Terlupa Akan SIS
Saya ingin membandingkan kenyataan-kenyataan ini,

"Kami rela kalah kerana melaksakan Islam, kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah." - Tuan Guru Haji Hadi.

Saya ingin membandingkan dengan kenyataan Khalid Samad di Malaysiakini,

"Memang banyak pendirian SIS yang kita tidak senangi, tidak setuju dan kita rasakan bercanggah dengan hukum Islam itu sendiri. Tetapi apa yang dimaksudkan di sebalik usul itu, supaya tindakan diambil dan diperbetulkan."

"Dalam perbincangan kita, kita bersetuju, perkataan itu (mengharamkan), menggambarkan kecenderungan dengan penggunaan kekerasan dan kuasa. Dan kalau itu yang dimaksudnya, ia bercanggah degan Islam itu sendiri,"

"Walaupun menafikan beliau disabotak pihak-pihak tertentu, Khalid mengakui usul tersebut telah mencalarkan sedikit imej PAS." - Malaysiakini.

Saya ingin bertanya,

1) Apakah tindakan tersebut bercanggah dengan hukum Islam? Sila nyatakan hujah secara detail, jika tidak tindakan anda mengelirukan.

2) Apakah dengan tindakan anda di atas menafikan usul yang telah diluluskan?

3) Apakah kerana majoriti marahkan PAS disebabkan pengharaman SIS, anda terus menggesa kepada PAS untuk mengkaji kembali perkataan "haram" tersebut?

Hebat Khalid Samad, pengeluar kenyataan terhebat yang ada di dalam saf kepimpinan PAS, dulu, kini dan selamanya.

Usul PAS Shah Alam itu diterima tanpa bahas oleh muktamar ke-55 PAS minggu lalu. Usul itu berbunyi, antara lain:

"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.

"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya."
-
Ya! Semoga hari ini lebih baik daripada semalam!
Kenalkah anda dengan Kitaro? Ya! Beliau merupakan ahli musik, yang banyak menghasilkan lagu bercorak instrumental, yang banyak juga mengaitkan alam dan fauna.

Jiwa yang telah tidak tenang, semakin menjadi sayu dan tidak menemui punca apabila mendengar satu daripada lagunya daripada albumnya iaitu Romantic Ballads, yang bertajuk Caravansary.

Saya juga pelik dengan perubahan jiwa ini, bersemangat setelah habisnya Muktamar dan secara cepatnya berbolak balik hati ini, menjadi tidak tenang dan menjadi sayu.

Mungkin, melihatkan akan gelagat para pemimpin dan ahli gerakan Islam ini sendiri, yang begitu takjub akan kemenangan sehingga meninggalkan banyak perkara. Hingga sanggup mengaibkan sahabat sendiri, sama ada disengajakan atau pun tidak.

Ketika jiwa dan hati tidak menentu ini, diri menjadi sensitif, pantang silap yang dilakukan habis semua dikaitkan, pantang sakit, pulihnya amat-amat memakan masa yang lama, tidur tidak berapa kualiti kerana fikiran menjadi tidak menentu.

Ketika ini, mungkin saya, ingin banyak bersendiri, untuk muhasabah kembali apa yang telah dilalui sebelum dan selepas ini.

Ketika menulis ini, badan diserang sakit-sakit otot dan sengal. Tidak tahu mengapa, mungkin disebabkan jiwa yang tidak tenang.

Hati dan jiwa ini, bertambah sayu dan sedih apabila pemergian mujahid teragung era ini, semoga Allah merahmati ruh al marhum al ustaz Dr. Fathi Yakan. Ilmu yang begitu banyak beliau curahkan selama ini akan terus menjadi bekalan untuk kami tatapi dan renungi. Antara buku beliau yang saya bawa ke mana-mana tatkala bermusafir ialah Bahtera Penyelamat. Ia amat berguna kepada saya, tatkala berjiwa tidak tenang dan sayu ini.

Apakah kalian ada nasihat untuk saya? Untuk mengembalikan jiwa ini kepada yang tenang, untuk terus berjuang tanpa melihat kiri, kanan, depan dan belakang?

Terkadang, maksud kepada perjuangan Islam tidak dihamparkan dengan permaidani merah, jalan-jalannya dipenuhi onak duri, amat-amat mengusik jiwa.

Semoga, hari ini, hari yang terakhir untuk jiwa tidak menentu ini, kerana ia tidak memberi sebarang kebaikan untuk diri ini, untuk terus merintih. InsyAllah akan cuba perbaiki diri ini untuk terus menjadi insan bertakwa.

Alhamdulillah, setelah berlakunya hal-hal sebelum hari ini, ia amat mematangkan saya dan memperolehi banyak ilmu yang tersembunyi, yang sebelum ini, saya tidak jelas dan kabur.

Ya! Semoga hari ini lebih baik daripada semalam!
TGNA telah diperguna oleh pembantu yang sesat
Jika benarlah apa yang semua dinyatakan oleh Tok Guru Nik Aziz di dalam Malaysiakini - 'Boneka Umno' suka k'jaan perpaduan. Saya hanya mampu tersenyum, kerana teringat apa yang telah beliau katakan kepada Mustapha Ali ketika Mustapha Ali mengatakan di sidang medianya bersama Harakah bahawasanya "16 September GAGAL".

Tok Guru Nik Aziz melenting lagi buat kali ini.

Salah satu kenyataannya di dalam Malaysiakini,

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas." - TGNA

MasyAllah, saya hanya mampu bertanya,

1- Apakah ada keputusan untuk membuat Kerajaan Perpaduan pada keputusan Muktamar 55 yang lepas?

2- Apakah tiada disebut untuk memperkuatkan lagi Pakatan Rakyat di dalam ucapan dasar?

3- Apakah Tuan Guru Nik Aziz menafikan keputusan yang telah dibuat di Muktamar 55, kerana anda berpaling ke belakang, dan masih lagi berada di Ipoh ketika kita berada di Shah Alam?

Saya amat maklum, Tok Guru Nik Aziz masih lagi dipergunakan oleh pembantu-pembantunya yang sesat dan menyesatkan.

Tiada apa yang boleh saya perkatakan lagi,

Saya merasakan pimpinan pusat sedia maklum akan siapa yang telah menyesatkan Tok Guru Nik Aziz ini. Dan saya ingin meminta kepada pimpinan pusat, untuk mengambil tindakan kepada pembantu-pembantu yang sesat ini. Saya merasakan kalau pembantu ini dibuang keahliannya pun setimpal dengan apa yang telah di apikannya.

Saya tetap berdoa selamanya, sesiapa yang membuat fitnah di dalam gerakan Islam, PAS, akan mendapat kecelakaan dan laknat daripada Allah swt. Saya tidak akan berhenti berdoa. Kerana, orang-orang ini memang tidak layak untuk bersama dengan gerakan Islam yang suci ini.

Hilang ketaatan kepada pemimpin, Hilanglah keberkatan dalam perjuangan.


-
Strategi 16 September Lagi Hebat Dari Kerajaan Perpaduan (DSAI lagi hebat daripada TGHH)!
Jika benar, apa yang diceritakan di dalam Malaysiakini yang mengatakan bahawa - Pertemuan sulit tolak k'jaan perpaduan.

Akhlak berjemaah memang tidak elok. jika benar-benar ia berlaku. Apakah perlu wujud mesyuarat setelah mesyuarat yang rasmi dijalankan.

Apa yang menyedihkan saya, ia melibatkan 3 pimpinan PAS, peringkat pusat dan juga peringkat negeri.

Apa yang disedihkan?

Saya sedih, idea Presiden PAS lambungkan, seperti menjadi satu ancaman besar kepada PAS.

Dan, saya juga sedih, bagaimana idea Anwar Ibrahim mengenai 16 September, disanjung-sanjung, diuar-uar, disokong-sokong bagaikan Anwar Ibrahim itu adalah ketua mereka.

Saya tidak tahu, mengapa idea tersebut disokong dan disanjung, sedangkan idea tersebut, jauh dari kebenaran dan jauh dari berpijak di bumi nan nyata.

Idea Presiden PAS, iaitu Kerajaan Perpaduan, dilihat sebagai ancaman besar kepada PAS oleh segelintir manusia di dalam PAS.

Di mana sangka baik kamu kepada Presiden PAS? Tanya saya kepada diri saya sendiri, yang bertanya kepada diri selaku ahli PAS.

Satu fakta,

Idea tersebut (Kerajaan Perpaduan) tidak dibincang di dalam muktamar untuk dijadikan sesuatu yang telah diputuskan dan perlu dibuat.

Idea tersebut masih lagi diperingkat idea, dan belum lagi diperdetailkan oleh Tuan Guru Presiden.

Dalam hati saya, adakah jahat Presiden saya diperlakukan sebegini?

Dihina dan dikeji bagaikan telah menutup telinga sewaktu Presiden menyampaikan ucapan penangguhan yang menyatakan hal Kerajaan Perpaduan ditutup.

Diulangi, Kerajaan Perpaduan telah ditutup.

Ya! Kamu memang berpengalaman, saya memang tidak menafikan. Akan tetapi ia seperti abid walaupun berabad beliau beramal dengan kuat ia tidak dapat dibandingkan dengan orang berilmu.

Darjat orang berilmu lebih tinggi lagi daripada orang yang kuat beribadat. Sesungguhnya orang berilmu lebih takutkan Allah daripada orang yang jahil.

Terdetik juga dihati saya, ada suara-suara jahat mendetikkan, pimpinan baru ini, ingin menjual PAS kepada UMNO.

Semoga mereka yang menyuarakan fitnah ini, dilaknat dan mendapat kecelakaan, seterusnya terpadam terus namanya untuk menyertai perjuangan Islam ini. Melibatkan nama tersebut hanya memberi mudarat di dalam PAS.

Tidak mampu untuk berbuat apa, tetapi saya yakin hanya doa akan dapat membantu. Membantu untuk melapang diri ini daripada kesedihan. Pedang Malam ia amat berbisa dikala fitnah melanda ini, dan berbisa untuk selama-lamanya.

Semoga diri ini dipimpin dan terus berada di landasan perjuangan Islam yang hakiki, bukan kosmetik akan tetapi yang realiti. Indah perjuangan ini, senantiasa diuji oleh Allah, jika kita bersyukur, kita beruntung, jika kita kufur, kita yang rugi. Allah tidak rugi dan untung, jika kita bersyukur mahupun kufur. Allah akan menggantikan orang lain, untuk menggantikan kita dalam perjuangan Islam ini. Hakikatnya, kitalah rugi, di dunia dan di akhirat.

Wallahualam.

Mungkin ini akan membantu ahli PAS yang berkiblatkan DSAI untuk faham akan Kerajaan Perpaduan - BN tidak mampu retakkan Pakatan Rakyat - Anwar

Sedih diri ini, ahli menunggu DSAI memberi respon barulah reda kemarahan kepada TGHH.

-
Tanya pada diri, adakah diri ini terlalu pandai untuk menghukum
Kadang-kadang, kekeliruan wujud di atas kesilapan diri kita sendiri. Sebagai contoh, apa yang perlu kita wala' ialah keputusan yang telah diputus pada Muktamar 55.

Pada saya, hal Kerajaan Perpaduan, tidak ada langsung diputuskan dan dibincangkan pada muktamar yang lepas.

Kenapa kita, cuba membincangkan perkara yang tiada asas? Apakah kita hilang prinsip perjuangan kita? Apakah kita hilang keyakinan akan pimpinan yang telah dilantik?

Cuba tanya pada diri sendiri,

Apakah diri ini mendengar sepenuh hati ucapan dasar yang telah ucapkan oleh Tuan Guru Haji Hadi?

Apakah diri ini telah selami apa yang telah diucapkan para pewakilan di atas perbahasan ucapan dasar?

Apakah diri ini tidak boleh mengadili pada setiap ucapan pimpinan pada ucapan penangguhan?

Cuba tanya pada diri ini supaya tidak tersalah ucap dan tafsir atas satu-satu tindakan pemimpin.

Pada diri saya, saya tidak mahu membicarakan hal Kerajaan Perpaduan, saya akan membincangkan hal Kerajaan Perpaduan setelah Tuan Guru Haji Hadi memberikan pen'detail'an dan penjelasan akan hal Kerajaan Perpaduan.

Bimbang, kita membahaskan sesuatu yang sia-sia, sedangkan banyak perkara yang penting lagi untuk dibincangkan demi masa depan Ummat Islam. Manek Urai contohnya.

Wallahualam.
Wahai penfitnah! Kecelakan dan Laknatlah ke atas anda!
Muktamar sudah selesai, dengan perbahasan ucapan dasar dan ucapan penangguhan telah merungkaikan permasalahan yang telah berlaku dalam PAS.

Ucapan Presiden PAS teramat jelas mengatakan "TIDAK AKAN BERGABUNG DENGAN UMNO". Namun, masih lagi ada suara-suara jahat yang mengatakan bahawa PAS HENDAK BERGABUNG DENGAN UMNO.

Semoga ALLAH memberi pengajaran sepatutnya kepada orang yang membuat fitnah itu.

Dengar ucapan PRESIDEN PAS ini, dan teliti, bahagian mana yang mengatakan bahawa PAS ingin bergabung dengan UMNO!



-
Muktamar PAS 55 - Biar Keikhlasan Berbicara
Selamat bermuktamar kepada kesemua perwakilan muktamar, tidak kira, anda Urusan Ulama', Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan juga perwakilan muktamar penuh.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan anda.

Semoga muktamar kali ini menjadi ubat dari sebarang kelukaan yang telah tercetus. Biar keikhlasan berbicara.

"Muktamar adalah aplikasi sistem syura yang dianjurkan agama. Syura memberkati perjuangan Islam. Justeru kehadiran anda ke muktamar kali ini, khususnya para perwakilan adalah diberkati Tuhan. Insya Allah, perjuangan Islam akan terus maju ke hadapan membawa sinar kepada kehidupan manusia di dunia ini." - Nik Abduh


-