Seksinya awak, nak berkenalan boleh? - 3
Jika ada wanita, menutup aurat, ditegur "Perghhhh.. seksinya awak, boleh berkenalan tak?". Lelaki itu yang bermasalah. Dan. Harus dijauhi lelaki tersebut.

Wanita, kalau dah cantik, pakai apa pun, misalnya, pakai jubah, pakai purdah, tidak bersolek, pakai stoking, pakai stongan tetap akan membangkitkan minat dan ghairah sang lelaki apabila terpandangnya.

Setelah itu, wanita tersebut tidak wajar dipersalahkan, kerana, wanita tersebut telah melindungi auratnya, yang telah disuruh oleh agama.

Jika ada lelaki, masih menegur, "Perghhhh.. seksinya awak, boleh berkenalan tak?".

Jelas lelaki ini yang bermasalah. Sama ada dari segi rohaninya bermasalah ataupun fizikalnya, misalnya mata bermasalah.

Adapun, lelaki, berhak memandang yang bukan mahramnya tanpa sengaja, satu kali sahaja, jika pandang kedua kalinya akan mendatangkan dosa.

Jika ada wanita, menutup aurat, ditegur "Perghhhh.. seksinya awak, boleh berkenalan tak?". Lelaki itu yang bermasalah. Dan. Harus dijauhi lelaki tersebut.

Sebagai manusia, saya sayangkan awak, jauhilah lelaki yang mengatakan awak seksi tanpa ada sebab.

-
2 Responses
  1. Humairah Says:

    Skrg musim kena kuarantin. Sila kuarantin diri anda dari keluar rumah bagi mengelakkan mata hati dicucuci dgn pengotor.

    Oh, knp mereka blh memakai topeng muka yg panas itu tetapi tdk menutup aurat yg lainnya? Benarlah manusia cuma takut pd yg kelihatan.


  2. Tok Selampit Says:

    Kalau dosa datang terbang hinggap ke tempat yang aurat tak tertutup, jelas kelihatan dosa yang tertampal. Rasanya, baru nak tutup aurat kot .. hehe.

    Hamra, time H1n1 mesti pakai selimut keluar rumah kan haha.