Nizar Jadi Naib Presiden, Hussam Jadi Timb Presiden, Anda mahu jadi apa?
Di Kelantan, bermula dengan kawasan Ketereh seterusnya kawasan-kawasan lain telah mulakan dengan mesyuarat agung. Saya tidak mahu memberi sebarang komentar akan hal tersebut, termasuk pertandingan dan segala apa jenis yang boleh mengaitkan akan hal muktamar di Selangor nanti.

Bagi saya, setiap kawasan mempunyai hak untuk mencalonkan sesiapa sahaja yang kawasan itu mahukan dan merasa calon itu layak untuk dicalonkan, tidak salah jika anda hendak mencalonkan Ir Nizar sebagai Naib Presiden dan anda juga ingin mencalonkan Hussam Musa sebagai Timbalan Presiden. Tidak salah. Cuma, ikutlah prosedur yang betul, jangan berkokok-kokok di saluran salah.

Dan. Setiap kawasan juga, berhak untuk mengadakan pertandingan pada kerusi YDP dan seterusnya. Ia memang satu hal yang normal bagi PAS. Saya yakin setiap ahli PAS tahu akan hal ini.

Saya cukup tidak bersetuju dengan artikel Kickdefella, yang melabelkan pimpinan PAS sebagai 'jaguh setiakawan' - UMNO - PAS. Mungkin anda akan marah jika saya berkata, anda tidak memandang PAS ke arah yang lain kecuali ia hanya bersangkutan Hussam Musa, dan mungkin juga anda akan marah jika saya melabelkan anda sebagai 'orang' Hussam Musa.

Itulah mengapa, saya tidak suka kepada hal label melabelkan. Saya tidak suka jika ada orang cetuskan PAS ini berpuak-puak.

Jika anda terkesan dengan isu ini, anda harus merujuk kepada orang yang mengetahui kisah sebenar disebalik cerita ini, jika tidak, jangan terkesan akan hal ini.

1) Hal Muzakarah dan Mukabalah
2) Kerajaan Perpaduan

Sebab, banyak rahsia kebaikan tersembunyi daripada rahsia keburukan yang telah diwar-warkan. Dan, banyak cerita benar yang tersirat demi untuk menjaga air muka seseorang.

"Untuk tujuan itu, sudah tiba masanya Tuan Guru meninggalkan tahta empuknya di Kelantan dan berkampung di pusat. Tuan Guru perlu meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan dan menjamin satu peralihan kuasa yang sempurna supaya penggantinya mempunyai masa yang cukup untuk memperkemaskan diri berhadapan dengan jentera baru UMNO di Kelantan yang sudah pasti akan diambil alih oleh Mustapha Mohamed." - Kickdefella

Sebenarnya, ia bukan masalah yang besar jika Tok Guru pergi ke parlimen ataupun tidak, masalah yang paling besar ialah bagaimana hendak mengekalkan kemenangan di Kelantan. Tok Guru tidak menjadi Menteri Besar di PRU13 pun tidak menjadi masalah, jika Tok Guru telah bersedia untuk mengekal kemenangan PAS di Kelantan pada PRU13 ini. Sebab, ia merupakan tanggungjawab Tok Guru.

Saya? Saya masih lagi berbaiah setia dengan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi, pada segala kemungkinan dan segala hal berlaku. Beliau Presiden saya dan saya sayangkan beliau!. Dan, jika digantikan kepada orang lain. Saya akan taat kepada pimpinan yang baru dilantik. Saya berjuangan disebabkan PAS, bukannya kepada individu tertentu.

Taat kepada Allah, dan taat kepada Rasul dan taat kepada pimpinan yang dilantik dikalangan kamu.

PAS For All.

-
1 Response
  1. Anonymous Says:

    Sungguh mendebarkan.....