Sekilas pandang - 'Mikhail'
Baru sahaja menghabiskan bacaan, novel terbaru Ramlee Awang Murshid, bertajuk 'Mikhail'. Ia amat mengujakan saya, yang sentiasa berada dilingkungan dunia politik.

MIKHAIL
Antara petikan di dalam Novel tersebut -

"Mereka merupakan sebuah kumpulan rahsia. Terdiri daripada perkumpulan kecil yang bertindak sebagai memegang kuasa dan rahsia., yang diwarisi daripada anggota teraju terdahulu... silih berganti memegang amanah dari satu generasi ke satu generasi sehingga kini. Memiliki sumber kewangan yang kukuh. Bergerak ke merata negara di dunia. Menghasut dalam bentuk yang cukup halus. Memegang ketua-ketua kerajaan agar mengikut telunjuk mereka. Setiap anggota diberi tanggungjawab masing-masing.. serentak bergerak dengan cara tersendiri. Mereka 'kecil' tetapi 'besar'. Tindakan mereka tidak ubah macam CIA ataupun FBI."


Dan juga, antara sinopsisnya,

"RAMLEE AWANG MURSYID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!"


'Mikhail' merupakan sebuah Novel saspens thriller. Sesuai untuk semua peringkat.

Artikel ini juga patut dibaca -

Save Azilah and Sirul blog campaign

-
2 Responses
  1. Abg Lan Says:

    Ramlee Awang Murshid telah menghasilkan beberapa novel yang agak Islamik dan mampu mendorong seseorang lebih taat kepada Allah. Meskipun semua novel-novelnya berbentuk thrill, tapi ia membentuk jiwa beribadah. Kita perlu memberikan kredit kepada beliau.

    Semua bukunya telah saya baca. Berikut adalah jodol-jodol yang saya masih ingati:
    1. Mandatori
    2. Satu Janji
    3. Adam
    4. Tombiruo
    5. Semangat Hutan
    6. Tombiruo Terakhir
    7. "Kisah si penjahat tu clon wajah dia.." tak ingat tajuk.
    8. Hatiku Di Harajuku
    9. Bagaikan Puteri
    10. Cinta Sang Ratu
    11. Hijab Sang Pencinta
    12. Ungu Karmila
    13. Mikhail

    Semua tajuk tu saya ingat dalam kepala... lantaran sangat meminati tulisan beliau. Kalau cek tajuk-tajuk tu 95% tepat you... Tapi yang saya ingat dan paling best giler ialah 9 - 11 yang mengisahkan Laksaman Sunan!

    Selamat membaca.


  2. Tok Selampit Says:

    Yup,saya bersetuju dengan anda.

    9-11 Memang best.

    Saya harap beliau terus berkarya untuk mendorong manusia ke arah kebaikan.

    Dan. Berharap semoga ramai lagi karyawan yang bercita-cita seperti Ramlee Awang Murshid.