Pembantu yang bodoh, tidak pandai 'cover' tuannya
Sudah pasti, anda akan mendapati, manusia yang menulis artikel ini - PAS Will Return To BN in June - seorang manusia yang masih lagi tidak faham, apa itu "Unity Government".

Apakah manusia itu, ingin menjawab isu-isu telah diutarakan oleh Nik Abduh kepada "pembantu-pembantu" ayahandanya? Melalui isu-isu,

1) kerja - kerja bodoh dalam pas
2) kerja - kerja bodoh dalam pas (2)

Pesan saya, jawablah isu-isu tersebut dengan hujjah, bukannya jawab dengan emosi yang membara dan terus akan memakan tuan punya pendirian.

Semoga muktamar ini adalah tempat berubat yang paling mujarab.

Parti yang dibangunkan atas dasar takwa pasti akan dapat perlindungan daripada Allah swt daripada segala mudarat.

Sekian.

-
Kelantan Lawan MU, Liverpool Ogos ini
Mengikut laporan Sinar Harian,


Wow!
Memang gila orang pencela
Apa punya gila manusia ini, masih tidak faham lagikah "Unity Government" yang Tuan Guru Haji Hadi telah terangkan di dalam Harakah Daily?

Apa untungnya memutar belitkan isu ini?

Bagaimana isu ini boleh dibelitkan yang PAS ni nak hendak bergabung dengan UMNO?

Masih ada lagikah usaha untuk PAS bersatu dengan UMNO sahaja?

Masih ada lagikah muzakarah yang dijalankan?

Masih ada lagikah pemimpin PAS yang mahu jawatan berstatus menteri dalam UMNO sekarang ini?

Masihkah ada orang hendak bersatu dengan UMNO?

Masihkah?

Sudahlah, jangan timbulkan isu-isu yang boleh menimbulkan perpecahan.


Artikel ini wajib anda baca -

2 Tok Guru Kesayangan Ummah

-
Menang Sorak, Kampung Tidak Tergadai
Hari ini terus bekerja, walaupun badan masih lagi kepenatan,setelah pulang dari Pulau Pinang. Ada sedikit kepenatan.

Dan, mungkin lebih memenatkan apabila pasukan kesayangan masih 'belum' menang untuk piala FA menentang Selangor semalam.

Tentang bola sepak, saya hanya meminati dua pasukan bola sepak yang ada di dunia ini, Kelantan dan Liverpool.

Kelantan - Ia pasukan bola sepak negeri kelahiran, secara asasnya. Kedua, ia salah satu pasukan yang teramai penyokong, sama ada rakyat Kelantan ataupun negeri lain.

Liverpool - Saya meminatinya bukan kerana hebatnya mereka beraksi. Saya meminati mereka atas dasar lagu mereka "You'll Never Walk Alone". Mengamalkan semangat persahabatan.

Sampai sahaja ke pejabat, terus baca satu artikel daripada Sinar Harian, yang mengulas akan tulisan Ustaz Nik Abduh yang bertajuk - kerja - kerja bodoh dalam pas.

Saya bersetuju dengan pendapat tersebut. Saya bimbang, hal yang dinyatakan di dalam artikel tersebut tidak dibasmi segera. InsyAllah, gunakan muktamar ini untuk mengubatnya.

-
DSAI akan bertanding di Penanti? Bersediakah? Haih!
Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilaporkan Malaysiakini,

"Dalam mesyuarat agung PAS Permatang Pauh hujung minggu lalu, semua 115 perwakilan sebulat suara menyokong usul agar PAS bertanding di DUN tersebut, kata yang dipertuanya."

PAS Permatang Pauh, sabar, sekarang adalah lanjutan bagi PRU 12, redha dahulu dengan kerusi yang telah ditetapkan oleh parti. Redha dan akur dengan keputusan Pakatan Rakyat pada PRU 12 yang lepas.

Akurlah dahulu, PRU 13, anda berhak untuk membuat bangkangan serta cadangan kepada PAS untuk meletakkan PAS di Penanti.

Biarlah PKR dahulu untuk menghabiskan sisa-sisa PRU 12 ini, biarkan.

Ramai orang menyebut DSAI ingin bertanding. Tapi saya kurang yakin, kerana, sanggupkah DSAI untuk berada di bawah Lim Guang Eng?

Sanggupkah?

Semalam, ternanti-nanti keputusan SPR di dalam Buletin Utama, tapi, tiada respon daripada SPR setelah bermesyuarat.

Apa dah jadi SPR? Tunggu UMNO bermesyuarat kabinet dahulukah?

SPR semakin celaru dan semakin rumit berfikir.


-
Jangan biarkan Ahmadinejad keseorangan
Mengikut laporan Utusan Melayu Online,

"GENEVA 21 April – Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad hari ini menuduh Barat menggunakan Holocaust sebagai ‘alasan’ untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin dan kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dari dewan di mana persidangan antiperkauman anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan, di sini."


Speaker Iran menegaskan dalam kenyataan media beliau, setelah Ahmadinejad berucap dipersidangan PBB,

"Bagaimanapun, Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani berkata, jika Israel menyerang, Teheran akan memberi tindak balas sehingga menyebabkan musuhnya itu tidak dapat tidur lena.

Beliau membuat kenyataan itu dalam satu mesyuarat dengan beberapa pendakwa raya dari negara-negara Islam yang cuba untuk mencari kaedah untuk mengatur dan menangkap pemimpin Israel berhubung jenayah perang selepas Gaza diserang pada awal tahun ini." AP.

Saya tertanya-tanya, di manakah suara-suara Ketua Negara Islam yang lain, hanya senyap membisu, tidak menunjukkan sokongan dan bangkangan atas kenyataan Ahmadinejad. Khususnya Perdana Menteri Malaysia, selaku ahli OIC.

Saya menanam hasrat di hati saya, selagi hidup, usaha untuk meletakkan orang yang lebih berhak di kerusi empuk Perdana Menteri diteruskan. Saya amat kepingin untuk ada seorang Perdana Menteri yang mempertahankan kiblat pertama orang Islam itu daripada dijajah, dan berani untuk bersemuka dengan Israel atas kekejaman yang telah dilakukan.

Tidak perlu berada di Palestin untuk menjadi pejuang Palestin, di Malaysia ini anda patut mulakan langkah, meletakkan parti PAS untuk memerintah Malaysia bagi memperjuangkan nasib Palestin seterusnya memberi keadilan yang saksama seperti dituntut oleh Islam di Malaysia ini.

Sekian.

I don't wanna sit down behaving like a cunt,
While watching my mates doing the best they can.

Sekilas pandang - Laskar Pelangi

Filem ini ditayangkan pada tahun lepas, Laskar Pelangi, yang di adaptasikan dari sebuah novel - Laskar Pelangi. Satu filem dari Indonesia yang amat-amat bermakna, hati saya tersentuh dengan filem ini, dan saya rasa pengarah-pengarah filem di Malaysia patut contohi filem ini.

Jalan cerita seakan sama dengan Slumdog Millionaire, ia mengisahkan hal masyarakat marhaen yang kebanyakkan adalah miskin dan terpinggir dari segala sudut.

Sudut pendidikan terutamanya, filem ini mengisahkan dua orang guru bekerja keras untuk menyekolahkan 10 orang anak buruh yang miskin. Dan, banyak babak pengajaran sepanjang usaha menyekolahkan mereka itu.

Anak-anak itu menjadi semakin matang dan mampu memikul tugas sebagai seorang manusia apabila mendapat pengajaran di sekolah tersebut. Satu-satunya sekolah Islam yang ada, rupa tidak seperti sekolah, bertapa daifnya sekolah tersebut. Akan tetapi, tiada pilihan untuk rakyat miskin. Saya ingin anak saya juga bersikap demikian. Matang dalam kehidupan.

Anda boleh dapatkan CD/DVD ataupun jika anda mahir menggunakan 'torrent' anda boleh mendownloadnya di sini - http://jiwang.cc


Sinopsis -

Sebuah adaptasi sinema dari novel fenomenal LASKAR PELANGI karya Andrea Hirata, yang mengambil setting di akhir tahun 70-an

Hari pertama pembukaan kelas baru di sekolah SD Muhammadyah menjadi sangat menegangkan bagi dua guru luar biasa, Muslimah (Cut Mini) dan Pak Harfan (Ikranagara), serta 9 orang murid yang menunggu di sekolah yang terletak di desa Gantong, Belitong. Sebab kalau tidak mencapai 10 murid yang mendaftar, sekolah akan ditutup.

Hari itu, Harun, seorang murid istimewa menyelamatkan mereka. Ke 10 murid yang kemudian diberi nama Laskar Pelangi oleh Bu Muslimah, menjalin kisah yang tak terlupakan.

5 tahun bersama, Bu Mus, Pak Harfan dan ke 10 murid dengan keunikan dan keistimewaannya masing masing, berjuang untuk terus bisa sekolah. Di antara berbagai tantangan berat dan tekanan untuk menyerah, Ikal (Zulfani), Lintang (Ferdian) dan Mahar (Veris Yamarno) dengan bakat dan kecerdasannya muncul sebagai pendorong semangat sekolah mereka.

Di tengah upaya untuk tetap mempertahankan sekolah, mereka kembali harus menghadapi tantangan yang besar. Sanggupkah mereka bertahan menghadapi cobaan demi cobaan?

Film ini dipenuhi kisah tentang kalangan pinggiran, dan kisah perjuangan hidup menggapai mimpi yang mengharukan, serta keindahan persahabatan yang menyelamatkan hidup manusia, dengan latar belakang sebuah pulau indah yang pernah menjadi salah satu pulau terkaya di Indonesia.

Jenis Film :
Drama

Produser :
Mira Lesmana

Produksi :
Miles Films & Mizan Production

Homepage :
http://www.laskarpelangithemovie.com/

Durasi :
01:59:31,84
PAS Wilayah Persekutuan masih belum matang
Jika benarlah laporan di Malaysiakini, saya boleh melihat sejauhmana pemikiran PAS Wilayah Persekutuan, masih lagi ketinggalan dan masih lagi tidak 'kuat'.

Kenapa tidak matang?

Saya berkata PAS Wilayah Persekutuan tidak matang bukan kerana tidak mencalonkan Tuan Guru Haji Hadi, dan bukannya kerana PAS Wilayah Persekutuan mencalon Tuan Guru Nik Aziz untuk jawatan Presiden. Anda berhak untuk mencalon sesiapa sahaja untuk menjadi Presiden, Hussam Musa sekalipun jika anda mahu.

Saya berkata, anda tidak matang, kerana, mengikut laporan Malaysiakini,

"Mengenai hasrat PAS Bukit Bintang mencalonkan Nik Aziz bagi jawatan presiden, sseorang pemimpinnya berkata, pihak mahu menjadi "pencetus" kerana terdapat banyak lagi kawasan yang mempunyai hasrat yang sama, tetapi masih "berdiam diri".

Menurutnya, isu "kerajaan campuran Abdul Hadi" merupakan salah satu sebab menteri besar Kelantan itu, diramal meraih populariti untuk dicalonkan bagi jawatan presiden.

nik azizMenurutnya lagi, hasrat untuk mencalonkan mursyidul am PAS itu juga pertimbangan berdasarkan prestasi tokoh berkenaan.

"Oleh sebab itu, kita tidak mencalonkan (timbalan presiden) Nasharuddin Md Isa (untuk mengekalkan jawatan) kerana dilihat kurang turun berceramah.

"Kami mahu kempimpinan yang tegas. Nik Aziz walaupun lembut, beliau tegas dan tetap pendirian. Mohamad Sabu pula tegas-kasar. Ini adalah gandingan yang mantap," kata pemimpin berkenaan."




Secara asasnya, anda tidak mahu mencalonkan Tuan Guru Haji Hadi hanya disebabkan, "kerajaan campuran Abdul Hadi".

Saya tertawa dengan sifat yang tidak matang yang ada pada anda, PAS WP. Ini menunjukkan, PAS Wilayah Persekutuan,

1) Tidak mengkaji keseluruhan tentang apa itu "Kerajaan campuran Abdul Hadi".

2) Hanya mendengar cakap-cakap orang bahawa Haji Hadi tidak mahu mempertahankan keputusan muktamar, tanpa diselidik, bahagian mana yang tidak mempertahankan keputusan muktamar.

3) Tidak pernah bertanya kepada Tuan Guru Nik Aziz akan hal "Kerajaan Campuran" tersebut setelah Tuan Guru Haji Hadi memberi penjelasan kepada beliau secara tertutup, bersama dengan DSAI.

4) Anda terkesan dengan isu yang dibawakan oleh Media Barisan Nasional untuk melaga-lagakan pimpinan PAS.

Secara kasar, saya dapat merumuskan bahawa,

1) Keahlian PAS Wilayah Perseketuan kebanyakkannya bekas UMNO, yang mana, tidak mahu mendengar perkataan 'kerjasama dengan UMNO' setelah masuk PAS atas alasan,

"Aku hilang projek, hilang sumber wang, meludah pimpinan UMNO, mencaci UMNO, dan bila masuk PAS ada pula nak kerjasama dengan UMNO, haih!"

Mungkin itu bekasan UMNO rasakan apabila ada pimpinan PAS mengemukakan cadangan untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO. Dan, seterusnya, mengemukakan cadangan untuk menolak pimpinan PAS yang mencadangkan "kerajaan campuran mahupun muzakarah". Menolak secara membuta tuli dan bersifatkan untuk memburukkan pimpinan PAS.

2) PAS Wilayah Persekutuan perlu periksa kembali kefahaman ahli mereka tentang jemaah islam, mengenai dasar-dasarnya dan seterusnya tanggungjawab yang perlu ahli lakukan. Dari sudut tarbiyyah pun, mungkin perlu diperiksa, kerana dapat dilihat, ketaksuban telah menjelma.

Cadangan saya pada muktamar nanti,

1) Tuan Guru Nik Aziz harus perbetulkan apa yang dia rasa perlu, telah ada penjelasan "muzakarah & kerajaan perpaduan". Beliau telah faham, dan beliau wajib memahamkan kepada semua ahli, bukan tujuan untuk membuka kembali perbincangan akan tetapi untuk membetulkan keadaan.

2) Dan, kepada sesiapa sahaja yang telah melakukan pembelitan & penyembunyian fakta wajib memperbetulkan pada hari muktmar nanti, jika anda benar-benar ikhlas berjuang di dalam PAS.

Usahlah menjadi ulama' su' - menyembunyikan kebenaran yang kita ketahui daripada pengetahuan orang ramai.

Salam perjuangan untuk semua.

PAS For ALL


Artikel ini juga patut dibaca -

Unity Government - Satu Cita-cita, Satu Malaysia

Nota Tambahan

PAS Wilayah telah menjawab segala hubungkait dengan hal "PAS Wilayah Tolak Haji Hadi", sila ikuti artikelnya, saya lampirkan di bahagian komentar.
Sekilas pandang - 'Mikhail'
Baru sahaja menghabiskan bacaan, novel terbaru Ramlee Awang Murshid, bertajuk 'Mikhail'. Ia amat mengujakan saya, yang sentiasa berada dilingkungan dunia politik.

MIKHAIL
Antara petikan di dalam Novel tersebut -

"Mereka merupakan sebuah kumpulan rahsia. Terdiri daripada perkumpulan kecil yang bertindak sebagai memegang kuasa dan rahsia., yang diwarisi daripada anggota teraju terdahulu... silih berganti memegang amanah dari satu generasi ke satu generasi sehingga kini. Memiliki sumber kewangan yang kukuh. Bergerak ke merata negara di dunia. Menghasut dalam bentuk yang cukup halus. Memegang ketua-ketua kerajaan agar mengikut telunjuk mereka. Setiap anggota diberi tanggungjawab masing-masing.. serentak bergerak dengan cara tersendiri. Mereka 'kecil' tetapi 'besar'. Tindakan mereka tidak ubah macam CIA ataupun FBI."


Dan juga, antara sinopsisnya,

"RAMLEE AWANG MURSYID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!"


'Mikhail' merupakan sebuah Novel saspens thriller. Sesuai untuk semua peringkat.

Artikel ini juga patut dibaca -

Save Azilah and Sirul blog campaign

-
Terima Kasih Wahai Insan Seni
Kesian, kepada artis-artis yang ingin mendekati ulama', terus disalah ertikan.

1) Siti Nurhaliza dan Datuk K, siap buat kenyataan akhbar mengapa mereka bertemu dengan Tok Guru Nik Aziz.

2) Amy Search, membuat kenyataan rasmi di blognya - Luahan Amy Search. Untuk menafikan, beliau masuk PAS.

Hey!, tanya sama Renggo, Tok Gurukah suruh dia masuk PAS?

Hey!, tanya sama Amy dan Siti, ada Tok Guru suruh mereka masuk PAS?

Insan seni sudah berani mendekati golongan ulama, dan kebetulan, hampir keseluruhan ulama' di Malaysia, bersama-sama dengan PAS. Oleh itu, tiada sebab untuk anda berkata insan seni masuk PAS apabila berjumpa dengan ulama'.

Hey! insan seni, terserahlah pada anda bagaimana anda ingin mengikatkan dunia seni anda ke arah kebaikan dan seeloknya biarlah seni anda memberi keinsafan kepada pendengar dan penglihat.

Jika dulu, seni untuk mencari rezeki. Sekarang, mungkin anda mengubah, seni untuk mencari rezeki dan seterusnya mendapat redha Allah.

Terima kasih kepada semua insan seni yang telah banyak menghasilkan karya-karya yang berguna dan memberi kebaikan kepada masyarakat amnya. Tidak kira, anda pengarah, krew penggambaran, juru kamera, juru solek, penyanyi, sasterawan, penulis lagu dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan seni. Sumbangan anda semua untuk negara, memang tidak boleh dinafikan.

Terima kasih.

-
Unity Government - Satu Cita-cita, Satu Malaysia
Alhamdulillah, Ayah Chik telah menjelaskan, apa itu "Unity Government".




Semua pimpinan yang bermasalah sama ada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat, akan dibicarakan di Mahkamah. Mungkin, ia merupakan salah satu faktor yang paling besar untuk Barisan Nasional tidak akan bersetuju.

Walaupun telah ditutup perbincangan akan hal ini, mungkin ia akan diterima pada suatu hari nanti.

Artikel ini juga patut dibaca -

Altantuya Bersetuju Dengan "Kerajaan Campuran", Tapi Najib Tidak!

-
Isu Basa Basi Menjelang Muktamar
Hey! Isu Mukabalah dan Perpaduan telah basi.

Hey! Isu Erdogan pun dah basi.

Hey! Nak tahu isu besar menjelang Mesyuarat Agung seluruh kawasan tak?

Ya! Ya! Isunya "Hang lemah, aku nak ganti dengan orang lain!"

Oh ya! Hari ini Mesyuarat Agung Pasir Mas. Ustaz Ismail Noh berjaya mempertahankan kerusi YDPnya. Tahniah!

Nizar Jadi Naib Presiden, Hussam Jadi Timb Presiden, Anda mahu jadi apa?
Di Kelantan, bermula dengan kawasan Ketereh seterusnya kawasan-kawasan lain telah mulakan dengan mesyuarat agung. Saya tidak mahu memberi sebarang komentar akan hal tersebut, termasuk pertandingan dan segala apa jenis yang boleh mengaitkan akan hal muktamar di Selangor nanti.

Bagi saya, setiap kawasan mempunyai hak untuk mencalonkan sesiapa sahaja yang kawasan itu mahukan dan merasa calon itu layak untuk dicalonkan, tidak salah jika anda hendak mencalonkan Ir Nizar sebagai Naib Presiden dan anda juga ingin mencalonkan Hussam Musa sebagai Timbalan Presiden. Tidak salah. Cuma, ikutlah prosedur yang betul, jangan berkokok-kokok di saluran salah.

Dan. Setiap kawasan juga, berhak untuk mengadakan pertandingan pada kerusi YDP dan seterusnya. Ia memang satu hal yang normal bagi PAS. Saya yakin setiap ahli PAS tahu akan hal ini.

Saya cukup tidak bersetuju dengan artikel Kickdefella, yang melabelkan pimpinan PAS sebagai 'jaguh setiakawan' - UMNO - PAS. Mungkin anda akan marah jika saya berkata, anda tidak memandang PAS ke arah yang lain kecuali ia hanya bersangkutan Hussam Musa, dan mungkin juga anda akan marah jika saya melabelkan anda sebagai 'orang' Hussam Musa.

Itulah mengapa, saya tidak suka kepada hal label melabelkan. Saya tidak suka jika ada orang cetuskan PAS ini berpuak-puak.

Jika anda terkesan dengan isu ini, anda harus merujuk kepada orang yang mengetahui kisah sebenar disebalik cerita ini, jika tidak, jangan terkesan akan hal ini.

1) Hal Muzakarah dan Mukabalah
2) Kerajaan Perpaduan

Sebab, banyak rahsia kebaikan tersembunyi daripada rahsia keburukan yang telah diwar-warkan. Dan, banyak cerita benar yang tersirat demi untuk menjaga air muka seseorang.

"Untuk tujuan itu, sudah tiba masanya Tuan Guru meninggalkan tahta empuknya di Kelantan dan berkampung di pusat. Tuan Guru perlu meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan dan menjamin satu peralihan kuasa yang sempurna supaya penggantinya mempunyai masa yang cukup untuk memperkemaskan diri berhadapan dengan jentera baru UMNO di Kelantan yang sudah pasti akan diambil alih oleh Mustapha Mohamed." - Kickdefella

Sebenarnya, ia bukan masalah yang besar jika Tok Guru pergi ke parlimen ataupun tidak, masalah yang paling besar ialah bagaimana hendak mengekalkan kemenangan di Kelantan. Tok Guru tidak menjadi Menteri Besar di PRU13 pun tidak menjadi masalah, jika Tok Guru telah bersedia untuk mengekal kemenangan PAS di Kelantan pada PRU13 ini. Sebab, ia merupakan tanggungjawab Tok Guru.

Saya? Saya masih lagi berbaiah setia dengan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi, pada segala kemungkinan dan segala hal berlaku. Beliau Presiden saya dan saya sayangkan beliau!. Dan, jika digantikan kepada orang lain. Saya akan taat kepada pimpinan yang baru dilantik. Saya berjuangan disebabkan PAS, bukannya kepada individu tertentu.

Taat kepada Allah, dan taat kepada Rasul dan taat kepada pimpinan yang dilantik dikalangan kamu.

PAS For All.

-
Takziah dan Takziah
Al Fatihah kepada sahabat, 'Bayie', telah meninggalkan kami semua pada pukul 12 tengah malam semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Takziah kepada YB Mahfuz, atas kehilangan keretanya. Semoga YB tabah menghadapi musibah. Kereta YB Mahfuz dicuri pada malam semalam juga.

Takziah.
Najib umum kabinet baru macam ucapan dasar
Najib bercakap meleret-leret, tidak umum secara terus senarai kabinet beliau. Sekarang.

Teknologi hijau? - Tidak mengapakah guna warna hijau? - Warna biru tak mahukah? Ha ha ha.

Perdagangan antarabangsa dan industri

Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)


Mukhriz? Wow! Di mana KJ?

Tidak sia-sia Che Det masuk UMNO kembali, cait!


Hanya keampunan, redha dan istiqomah dipinta
Saya rindu dengan bumi Kelantan ketika ini, lebih daripada sebulan berada di Bukit Gantang untuk menjalankan tanggungjawab. Bukan sumbangan.

Amat terkilan sedikit, kerana tidak sempat menyambut hari keputeraan Sultan Kelantan bersama isteri dan keluarga. Hanya melihat gambar-gambar yang di ambil oleh Kickdefella sahaja.

InsyAllah, setelah pulang ke Kelantan, akan menggantikan masa-masa yang telah berlalu bersama isteri dan keluarga. Saya amat merindui mereka.

Walaupun berada dalam kerinduan, kita menjadi tabah apabila melakukan tugas, disebabkan ia merupakan satu tanggungjawab bukannya menganggap tenaga yang kita curahkan itu adalah sumbangan.

Islam tidak memerlukan kita, kita yang memerlukan Islam.

Semoga lebih bersabar dan beristiqomah dengan jalan yang dilalui sekarang ini.
Saya ingin bebas menulis
Saya menulis di Perak News untuk buat sementara waktu, dan akan menulis juga di blog ini jika ada kesempatan.

Sudah banyak peristiwa yang terlepas untuk dirakamkan dalam bentuk tulisan.

Saya rindu untuk menulis secara bebas.