Nik Aziz Fanatik/taksub kepada DSAI?
Semalam hari yang teramat sibuk, namun saya sempat untuk menjengah beberapa artikel. Artikel-artikel yang menarik perhatian saya berkisarkan YB Khalid Abd Samad yang memberi ulasan tentang PAS Terengganu.

Bagi saya, ia tidak dipersoalkan sama ada ia satu teguran yang berasas ataupun teguran yang tidak kena pada tempatnya. Ianya satu teguran yang membina.

Akan tetapi ada sedikit dalam kenyataan dalam itu yang tidak patut dikeluarkan. Ia boleh menghilangkan 'siqoh' terhadap pimpinan.

Dan, bagi saya, hal pertembungan pendapat Mustafa Ali dan Mursyidul Am PAS telah selesai apabila dua anak beranak itu bertentang mata dan melafazkan apa yang tersirat di dalam hati masing-masing.

Maka tidak manislah jika masih ada orang lagi mempersoal Mustafa Ali tentang tindakannya. Namun, kita tidak boleh menyekatnya, kerana itu kebebasan sesiapa sahaja yang ingin memberi pendapat.

Namun, saya kurang bersetuju dengan tindakan YB Khalid Abd Samad selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu, kerana ia akan menimbulkan garis-garis luka yang telah ditutup dan dikapankan oleh Mursyidul Am.

Terengganu dan Selangor amat berbeda suasana dari segi sosialnya, geografinya dan apa-apa sahaja yang boleh dikaitkan. Akan tetapi, bagi pihak saya, jika ada pertembungan/perbezaan pendapat ia merupakan satu nikmat, di mana kita sebagai 'Orang Jemaah' haruslah mengambil sikap mencari satu titik persamaan, agar kita tidak bergaduh sesama sendiri.

Tidak salah berbeza pendapat, akan tetapi ambillah jalan bijak untuk menganalisa dan menyelesaikannya.

Satu artikel juga Anak Muda, Badan saja PAS - baju Keadilan mencuri perhatian saya. Di dalamnya banyak mengkritik Mursydul Am kerana terlalu taksub/fanatik kepada Dato Sri Anwar Ibrahim.

Saya hanya tersenyum melihat dan membacanya, sudah ada ahli PAS yang telah melenting akan isu Pakatan Rakyat ini.

Dalam masa yang sama, saya mencari jawapan adakah PAS telah menukar dasarnya apabila bekerjasama di dalam Pakatan Rakyat?

Jawapan soalan itu masih lagi 'TIDAK'. PAS dasarnya tetap ISLAM. Bagi saya jika PAS tidak memegang dasar tersebut lagi saya akan keluar dari PAS.

Di mana, kita harus memegang dasar sesuatu untuk berpegang dan janganlah lari dari tempo perjuangan sebenar. Jika kita lari, musuh kita merentakkan gendang, kita juga akan berjoget mengikut tempo musuh.

Apabila terjadinya masalah, adakah Mursydul Am taksub/fanatik dengan Dato Sri Anwar ini?

Kita kembali kepada keputusan muktamar, adakah tiada keputusan dikeluarkan pada muktamar mengenai kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat?

Jawapannya 'ADA', bagi saya Mursydul Am bukannya fanatik/taksub dengan DSAI. Akan tetapi ia menyanjung tinggi dan menghormati keputusan muktamar yang menetapkan PAS akan memperkasa Pakatan Rakyat.

Adakah perbuatan itu salah? Anda fikirkanlah sendiri.

Siapa fanatik kepada PKR? Ahli PAS? Jika anda duduk dalam PAS, bekerja di dalamnya anda dapat memastikan suara-suara dari 'grass root'/akar umbi terus bersama dalam PAS, ahli PAS ia tetap bersama dalam perjuangan PAS bukan simpati kepada DSAI.

Bagi saya, DSAI merupakan batu loncatan untuk meneruskan agenda PAS, jika tiada DSAI, PAS terus ada dan utuh dengan perjuangannya. Tanpa DSAI, PAS akan terus macam biasa, tidak akan mati, kerana PAS tidak langsung bergantung kepada DSAI. Hanya orang yang tidak yakin sepenuhnya dengan perjuangan PAS sahaja yang ragu-ragu dengan keputusan yang diambil oleh pimpinan.

Suka saya berkongsi jawapan dengan anda semua, apabila saya bertanyakan soalan ini kepada jentera PAS di peringkat cawangan, dun, kawasan di Kelantan saya bertemukan jawapan yang sungguh bermakna kepada diri ini. Soalannya

" Faktor yang mempengaruhi pengundi menyokong PAS supaya terus kekal mentadbir negeri Kelantan dengan kemenangan yang besar:

A) Kelemahan kepimpinan Pak Lah sebgai perdana menteri
B) Keyakinan kepada kepimpinan Tok Guru Nik Aziz
C) Pengaruh Dato Sri Anwar Ibrahim
D) Keberkesanan Program Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan
E) Keyakinan kepada perjuangan PAS
F) Persiapan awal jentera pilihanraya dan gerakkerja yang berterusan.

Rata-rata yang saya temubual dan meminta jawapan, dan jawapan yang banyak saya dengar ialah

E) Keyakinan kepada perjuangan PAS

Saya mengucapkan syukur kepada Allah kerana jawapan ini banyak diperdengar apabila PAS menang besar di Kelantan.

Oleh itu, selagi PAS masih selari dengan dasarnya iaitu ISLAM marilah kita bersatupadu, istiqomah dalam perjuangan dan menjunjung segala keputusan yang telah ditetapkan oleh PAS selagi mana ia tidak bertentangan dengan DASARnya dan yang paling utamanya ia selari dengan ISLAM itu sendiri.

Salam Perjuangan untuk semua.
PAS For All

Wallahualam.
Sesekali Teringat 1
Teringat pesan atuk,

"Jika melibatkan diri dalam politik, kesabaran harus ada, tidak boleh cepat melenting. Tapi ingat, tegas seharusnya ada."

Teringat pesan naqib masa di kampus,

"Berlapang dadalah disetiap perkara yang tercetus, sama ada dikritik, dihina dan sebagainya, sesungguhnya ia adalah tindakan yang terbaik di kala kemarahan memuncak."

"Jika ada perbezaan pendapat, cubalah cari titik persamaan."

Dulu, saya kurang memahami, namun setelah menerjunkan diri sepenuhnya dalam arena politik ini, saya sedar, pesanan itu amat berharga di kala ini.

Terima kasih kerana mengajar saya. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya. Aamiin.
Selamat Harijadi Malaysia
16 September, saya mengharapkan semua peristiwa yang menarik berlaku pada hari ini.

16 September, saya mengharapkan hari permulaan untuk ke arah kegemilangan dan kecemerlangan.

16 September, saya mengharapkan sesuatu dariNya.

16 September, saya menganggapkan ia adalah hari pertama untuk saya memulakan hidup.

16 September, adalah hari ini. Hari yang bakal merubah kehidupan, dari baik kepada lebih baik lagi. Insyallah.
Berlapang dadalah dalam menerima teguran
Saya pesan kepada diri saya sendiri,

Sentiasa berlapang dada untuk menerima teguran. Kerana ia adalah sifat yang seharusnya ada bagi setiap ahli jemaah Islam.

Jika tidak, ia akan menyekat perjalanan kita ke arah kecermelangan dunia dan akhirat.
RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA
1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan.

Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan.

Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan.

Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini. 10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 11 Ramadhan 1429 11 September 2008.

http://wannordinwanyaacob.blogspot.com/2008/09/rakyat-terengganu-salah-pilih.html
Hilang Taat Hilanglah Pedoman
Parti PAS adalah sebuah Parti yang satu-satunya berjuang di atas idealogi ISLAM di Malaysia ini.

Oleh itu, adalah satu kewajipan kita selaku ahli Parti PAS mematuhi dan mentaati segala keputusan parti yang tidak bercanggah dengan ISLAM.

Taatilah Allah, Taati Rasul dan Taati pemimpin yang dilantik dikalangan kamu.

Sebagai ahli PAS wajib mentaati keputusan yang diputuskan oleh Muktamar, kerana ia bukan keputusan individu, ia keputusan jemaah.
Cik Pa Memang Bijak Orangnya - Bahagian 1
Tidak dinafikan lagi, Cikgu Pa memang bijak, kalau tak bijak mana boleh orang lantik dia sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Pusat.

Ada orang tepuk paha saya, dia kata

"Kalau begitu, Terengganu sudah ada Pengarah Pilihanraya PAS Pusat mengapa kalah lagi pada waktu 5 negeri dah dikuasai oleh Pakatan Rakyat pada PRU12 hari tu"

Betul, Terengganu boleh dikatakan kalah teruk dalam Pilihanraya ke 12 hari tu, akan tetapi tidak boleh disalahkan kepada Cikgu Pa selaku Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, pengundi hantu ramai kat Terengganu, nak buat macam mana.

Orang tu tepuk saya lagi,

"Apahal nak salahkan pengundi hantu? Tengok di Kelantan, tiada masalah pun bab pengundi hantu. Tiada aktiviti sekat bas pun masa di PRU 12 di Kelantan. Menang besarlak tu. Awak tahu mengapa? Sebab di Kelantan, kerja asas-asas Pilihanraya berjalan dengan kemas. Terutama pembersihan nama Daftar Pemilih Tambahan yang dikeluarkan oleh SPR dan menjalankan Daftar Pemilih dengan seawal yang boleh"

"Habis tu, PAS Terengganu tak buat semua itukah?" Tanya saya.

"Mana ada, saya tanya kepada orang yang penting dalam bab pilihanraya di Terengganu, dia cakap kat saya buat apa nak buat Daftar Pemilih, kita buat ceramah sudahlah, jika ramai yang datang dengar ceramah maka menang la tempat tu" Orang tu jawab.

"Cawangan PAS sedikit benar di Terengganu, macam mana nak menang!" Orang itu tambah.

Habis tu ,Cikgu Pa tak main peranan ke selaku Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat?

Opss masa dah suntuk. Sambung di'entry' yang lain.
Resam PAS Terengganu yang jumud?
Bukan Tok Selampit yang kata, tapi 'Orang' lain kata.

Orang lain kata,
Orang PAS Terengganu ni jumud, fanatik sangat dengan PAS, sehingga sanggup bermasam muka sesama jiran disebabkan hal parti, sanggup buat dua jemaah dalam masjid disebabkan imam tu orang UMNO.

Orang lain kata,
Orang PAS Terengganu suka bergaduh dan ber'gocoh' dengan orang UMNO disebabkan perselisihan faham pasal politik.

Orang lain kata,
Orang PAS Terengganu je suka dan hendak sangat bermuzakarah dan perkongsian kuasa dengan UMNO, sebab nak menang mudah. Disebabkan itu tiada petugas dihantar ke PRK Permatang Pauh tempoh hari.

Orang lain kata,
Orang PAS Terengganu hanya mengharapkan Ceramah je boleh memenangkan PAS di Terengganu tanpa membuat kerja asas Pilihanraya seperti daftar pemilih, walaupun di Terengganu ada Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat. Lebih suka menyekat Bas, dari membersihkan nama di Daftar Pemilih Tambahan yang dikeluarkan oleh SPR.

Kalau betulah apa yang Orang lain kata itu, maka tidak mustahil PAS akan terus kalah di Terengganu.

Harap-harap ia bukan situasi yang betul-betul berlaku di Terengganu.
Lagha: Gua Respek Sama Lu Bro Megat ACAB

Minggu lepas, rancangan Melodi di TV3 menyiarkan Megat ACAB yang sudah berubah, ia berubah dengan berpakaian Islam, lengkap berjubah. Syabas. Jika dulu bermula dengan berpakaian ala skinhead seterusnya ke indie dan akhirnya ke Islamik. Syabas sekali lagi.


Gua memang minat sama band lu bro Megat. Bermula dari album Eastern Oi! hinggalah ke album sekarang. Walaupun bermula dengan skinhead, irama yang jarang-jarang orang dengar, melainkan peminatnya sahaja mendengarnya.

Dengan ACAB sahaja gua menafsirkan abjad-abjad mengikut apa yang gua rasa best
ACAB - All Cops Are Bastard, ACAB - All Capatalist Are Bastard


Masa mula meminati ACAB masa sekolah tingkatan kerana satu-satunya band skinhead yang mempunyai lagu dan lirik yang menarik, dan seterusnya makin minat apabila gelombang Reformasi pertama bergema oleh DSAI.


Kebanyakan album melagukan lagu setia kawan dan perjuangan mengikut aliran yang dilalui pada ketika itu. Album dari Eastern Oi! seperti 'Fight For Your Right', 'Unfairground', 'Racial Hatred' menunjukkan bahawa band ini sejak awal lagi ingin menyatakan tidak kepuashatian dan tidak suka akan perbalahan di antara kaum.


Paling menarik liriknya Tentang padangan terhadap bangsa majmuk,

Don't you know you're just the same,
You're living in the same game,
There's nothing to judge by the colour,
And nothing to win by hating each other.
So yellow brown black and white Stop racial hatred and start to unite Unite.

Racial Hatred by ACAB. Album Eastern Oi!


Tentang persahabatan dalam perjuangan,

But i don`t wanna sit down behaving like a cunt
While watching my mates doing the best they can

Streets Of Uptown By ACAB. Album Eastern Oi!


Walaupun mereka, ACAB pada masa itu memperjuangkan idealogi Skinhead tapi bait lagu kita boleh untuk mencetuskan semangat mengikut apa idealogi yang kita perjuangkan.


Album seterusnya hampir sama maksud yang ingin disampaikan sehinggalah menyanyikan lagu melayu yang jelas yang dengan motif perjuangan. Misalnya Album Bangun


Cuba renungkan hari kehari
Malapetaka disana sini
Bencana dan dendam juga pergiTapi pastikan kembali lagi
Kita masih diawang-awangan
Merayau dengan kemewahan
Hasil usaha peninggalan
Mereka yang telah kita lupakan

Kita abaikan apa yang terjadi
Bila bencana meranap nanti
Tiada siapa yang peduli

Dalam hidup kita hari ini
Janganlah disuatu hari
Menyalahkan sesama sendiri
Bila mendekati ada erti

Kesalahan tiada berguna lagi
Jangan mudah kau berkata
Dunia hanya sementara
Engkau mudah leka
Buat selama-lamanya

Jangan nanti suatu hari
Menyesali apa yang terjadi
Kerana engkau masih bermimpidisiang hari..
Bangun..Dari tidur
Bangun..Orang Timur
Bangun..Dari tidur
Bangun..Orang Timur

Lagu Bangun Oleh ACAB, Album Bangun.


Dan setelah meninggalkan irama Skinhead, ACAB muncul dengan irama indie. Mungkin mengikut peredaran zaman. Dan setelah itu muncul dengan penggayaan Islamik.

Apa yang saya ingin sampaikan di sini, jika di hati ikhlas untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan, insyallah Allah akan membantu untuk mencampakkan hidayahNya kepada kita untuk nampak akan kebenaran dalam perjuangan kehidupan di atas dunia ini, apakah kebenaran yang sepatut kita perjuangkan dan lebih realiti.

Tiada lain, perjuangan yang sebenarnya bagi umat Islam adalah meletakkan Islam di tempat yang sepatut dan sebetulnya. Walaupun perjuangan Islam tidak pernah sesekali dalam keadaan selesa, ia amat menyakitkan akan tetapi itu adalah lumrah dalam perjuangan Islam.

Oleh itu, saya berpesan pada diri saya sendiri, supaya jangan mengeluh dalam perjuangan ini, kerana perjuangan untuk meletakkan Islam di tempatnya sememangnya akan berhadapan dengan kesusahan dan keperitan.

Bagi Bro Megat saya mendoakan anda, beristiqomah untuk berubah ke arah yang lebih baik, semoga Allah menyinari nur hidayahNya ke hati anda. Dan semoga hidup anda sentiasa diberkati olehNya. Pesan saya, jika tidak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua. Anggap sahaja hari ini, hari permulaan dalam hidup anda.

p/s Meletakkan Islam ditempatnya bermaksud Islam bukan hanya sekadar solat dan berpuasa, akan tetapi Islam adalah cara hidup termasuklah Pemerintahan, muamalat dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan. Kita tidak boleh mengambilnya separuh dan meninggal separuh yang lain.


Wallahualam.

Muzakarah : Sudahlah PAS Pusat, kami lebih suka cadangan PAS Kelantan
Saya teringat pada waktu kampus dahulu, apabila ditanya oleh Ustaz yang rupanya bagai UMNO durjana akan tetapi hatinya suci bak PAS, soalannya..

"Apabila tibanya satu hari, berlaku pertembungan pendapat di antara Tuan Guru Haji Hadi dan Tok Guru Nik Aziz, yang mana awak nak ikut?"

Saya terdiam, saya tidak menjawab soalan itu, akan tetapi dalam hati sudah tercetus jawapan yang pasti saya akan pilih Tok Guru Nik Aziz, kerana beliau adalah Mursydul Am.


Saya terdiam, saya tidak menjawab soalan itu, akan tetapi dalam hati sudah tercetus jawapan yang pasti saya akan pilih Tok Guru Nik Aziz, kerana beliau adalah Mursydul Am.

Setelah hari ini, kejadian bermuzakarah yang hampir-hampir memecahbelahkan PAS itu sendiri, dan telah mengingatkan saya kembali akan soalan yang ditanya oleh Ustaz yang rupanya bagai UMNO durjana tetapi hatinya suci bak PAS.

Ketika artikel ini dibuat sudah ramai yang tidak menyokong muzakarah ini dijalankan dan sedikit sahaja yang bersetuju. Oleh itu tidak perlulah saya ulas. Kerana saya termasuk digolongan ramai ini.

Tuan Guru Haji Hadi, suka saya nyatakan bahawa tindakan anda dan rakan-rakan di Pusat langsung tidak kena dengan suasana dan ia di ikuti dengan alasan-alasan ini

1) Anda semua seperti yang sedia kala, tidak mendengar suara dari akar terlebih dahulu. Apa salahnya dibincangkan di dalam muktamar terlebih dahulu sebelum mengwar-warkannya.

2) Kerjasama dengan UMNO yang telah kehilangan jatidiri itu diibaratkan mendukung biawak yang hampir mati.

3) Di dalam setiap ahli PAS sudah tertanam yang memang bencikan UMNO, ia tidak boleh diubati secara mengejut walaupun jika bekerjasama mendapat keuntungan.

Rasanya, cukup alasan-alasan itu. Jika hendak diperincikan lagi, silalah perincikan lagi, semoga anda mengambil tauladan dengan apa yang anda telah lakukan.

Bagi saya alasan Tok Guru Nik Aziz lampirkan, kenapa tidak perlu muzakarah amat-amatlah tepat dan kena dengan keadaan.

Janganlah apabila berada di atas, hingga lupakan yang di bawah-bawah ini, yang di bawah inilah yang menggantung bendera, tak tidur ketika PRU, yang menyediakan jamuan, yang berkempen, yang menjadi galang gantinya semasa demontrasi, yang berhempas pulas bertekak di kedai kopi dan yang lain-lain.

Janganlah lupa di bawah setelah terbang tinggi di awangan.

Sekian
p/s Janganlah mengulangi keputusan yang hampir-hampir meragut kemenangan PAS di Kelantan. Iaitu KUOTA kepada Keadilan
The Untold Stories : Jangan Mengeluh, ke Nerakalah Anda!
Di celahan Gua, kami pasukan Kompang kampus, yang sentiasa dipinggirkan, yang sentiasa ditekan, yang sentiasa ada masalah dengan pihak-pihak yang tidak suka cara kami bergerak, berkumpul untuk bermuhasabah, meluahkan apa-apa sahaja cerita yang dapat dikongsikan bersama.

Kami memulakan dengan sahabat kita selaku ketua, maka si Ketua pun memulakan cerita, tapi ia dipendekkan di sini untuk memudahkan anda fahami apa yang ingin disampaikan

1) Beliau sedih kerana di gelar Pemberontak walaupun dia selalu memperjuangkan kebajikan.

2) Mungkin sudah tiba dia bercakap isu-isu perkahwinan dan tinggalkan sekejap isu kerana sekarang tidak sempat sekali pun mahu membicarakan hal syurga dunia ini yang mana, NIKMATnya tidak terhingga.

3) Dia sedih disebabkan terlepas peluang untuk belajar di seberang laut kerana memperjuangkan kebajikan pelajar dan selalu terlepas peluang untuk bekerja dengan gaji yang mahal.

4) Sedih kerana tidak berjaya kumpulkan duit untuk perkahwinan dengan kadar yang banyak. hanya sedikit sahaja dapat di kumpulkan. Sekian.

Kami semua menjawab kepada Ketua kami
"Insyallah, syurga dah ada dalam genggaman enta!"

Lalu selepas itu, muncul lah, seorang yang ahli kami, tetapi kami tidak pernah lihatnya, jarang kami dapat bersua dengannya, Ia melihat kami dengan mata yang lemah, Ia mula berbicara, "dugaan saya tidak sehebat ketua, saya hanya.."

1) Hidup dalam kampus tiada wang pinjaman PTPTN. Mengharapkan wang yang dibekalkan oleh Ibu n ayah sebanyak RM300 sebulan. Cukupkah?

2) Dengan duit itulah untuk makan, untuk membeli buku-buku tulis, untuk membayar tambang dari Kuantan ke KL setiap minggu untuk hadiri meeting, dan amat jauh skali untuk membeli pakaian baru, baju, seluar, kasut... Amat jauh sekali. Selama 4 tahun memakai pakaian lama tanpa ada yang baru sampailah ke hari ini. Bertahun-tahun bertemankan Maggi.

3) Ditanggungjawabkan untuk media oleh kelab Kompang Nasional, terpaksa mencara insentif tersendiri untuk menampung segala hal berkaitan dengan Media. Dan terpaksa bekerja dengan syarikat yang menampung setelah keluar nanti.

4) Setelah keluar kampus, bekerja dengan syarikat yang beliau terhutang budi, dengan bergaji RM500 tanpa ada elaun ataupun apa-apa sahaja. Walaupun murah macam gaji budak UPSR ia masih bersabar kerana aset media kumpulan Kompang Nasional masih ada di syarikat tersebut, jika tidak aset tersebut akan terhapus.

5) Bakal isteri yang berbait di kampus tidak sanggup menunggu lama-lama, bayangkan tidak ada simpanan langsung untuk majlis perkahwinan, akhirnya bakal isteri berkahwin dengan orang lain.

6) Berjaya mendapat sponsor untuk aset Media tersebut, maka berpindahlah ke syarikat yang baru semata-mata ingin menjaga aset Media tersebut walaupun gaji bagaikan biskut, kejap ada kejap tiada, pernah hingga dua bulan baru dapat gaji. Akhirnya berair mata memakan maggi, alhamdulillah nasib baik dapat makan.

7) Sehingga kini tiada simpanan untuk majis perkahwinan. dalam bank ada nilai RM 0.10 sen sahaja. Sekian.

Kami terlopong. Dan kami berkata
"Ke Nerakalah anda sebab banyak sangat mengeluh!"
The Untold Stories : Pergi Jahanam Gerakan Mahasiswa Kampus! Jika..
Jika,
Membuat satu-satu keputusan untuk merubah sistem atau apa-apa sahaja yang melibatkan pergerakan Mahasiswa kampus dengan mencederakan pihak-pihak yang terlibat.

Jika,
Setelah hancurnya ataupun gagal dalam perubahan yang dibuat, Mahasiswa membuat keputusan dan membuat alasan bahawa Mahasiswa perlu belajar membuat silap, walaupun telah mengorbankan beberapa jiwa.

Jika,
Membuat satu-satu bantahan atas satu-satu isu rakyat, di ibaratkan seorang pondan tengah membuat show di atas pentas, terjerit-jerit dan terkinja-kinja tidak sampai 15 minit.

15 minit disebabkan polis menggunakan budi bicara, "Cik Pondan, tak elok jerit-jerit dan terkinja-kinja kat sini, kalau tak puas ati cik pondan buat lah teori banyak-banyak dan tulis di mana-mana blog tentang apa yang tak puas hati, cik pondan tak boleh menyertakan tindakan setelah berteori, ingat tu ye cik pondan..." Enchek Polis kata.

"Ye Enchek Polis, saya akan ikut cakap Enchekk... Maafkan saya Enchek... Maafkan saya Encheekkkk....." Cik Pondan. Lantas Cik Pondan dan anak-anak ikannya beredar sambil lari anak sambil menggigit sapu tangan.......

Eeeeeeoiiiuuuuuuuuu.... tak kuasai aiii....
Apa Kejadahnya GAMIS menjadi NGO - Bahagian 1
Nak dijadikan cerita, baru-baru ini Gamis dengan megahnya melaungkan, "Aku sudah menjadi NGO! Ha ha ha" Macam itulah lebih kurangnya.

Apa kejadahnya keputusan sebegitu dibuat?

Mungkin semasa menjadi pertubuhan 'haram' tidak berasa selesa dengan keadaan suasana yang menekan dan mengongkong. Ataupun yang lebih besar lagi masalah publisiti.

Eh! betul juga ada masalah publisiti, ahli-ahli Gamis tidak boleh dengan senang-senang buat kenyataan kepada Media mahupun laungkan kepada pihak HEP yang dia ini ahli kepada Gamis, gila kau kalau buat macam ni.

Rasa selesa bagaikan di syurga

Sekarang ini, Gamis tidak lagi rasa terkongkong. Untuk buat seminar? rehlah? sukan keluarga? boleh sahaja asalkan tidak sentuh isu-isu yang sensitif.

Dahulu bangga dengan slogan 'Pendesak' akan tetapi sekarang ini lebih selesa digelar 'Oh I See'. Kadang-kadang saya sangat bersetuju apabila Gamis digelar pondan setelah Dzul mengambil alih pemerintahan Gamis.

Tiada lagi laungan 'Selamatkan Palestin....', 'ISA ZALIM' dan apa-apa sahaja. Mungkin itu telah menyelamatkan ahli-ahli GAMIS yang takut untuk menonjol di kampus-kampus.
Tiada laungan keramat lagi

Sekarang. Ahli Gamis tidak takut lagi, siap boleh pakai T Shirt bertulis 'Aku Ahli Gamis' kerana ia tidak salah lagi. Kerajaan pun telah memotong nama Gamis sebagai pihak pembangkang.
Kerajaan mudah lupa?

Adakah seperti itu? Adakah kerajaan boleh lupa dengan pekataan pembangkang yang sekian lama tersemat di dada setiap ahli Gamis. Adakah mereka lupa? Tidak, mereka tidak akan lupa.
Dengan Meng'NGO' Gamis telah membunuh Gamis di kampus-kampus kecil yang kita tahu PMI hanya ada di UM, UPM, UKM dan beberapa kampus yang lain yang bilangannya amat kecil jika dibandingkan dengan jumlah IPTA dan IPTS yang ada di Malaysia ini. Kerana GAMIS milik PMI, bukan milik gerakan-gerakan Islam di mana-mana kampus yang lain.

Apakah mungkin Mahasiswa akan lebih mantap lagi jika ada pertubuhan NGO?

Lu fikirlah sendiri....

Bersambung ke bahagian 2.